Thursday, August 14, 2014

Resepi bubur bayam berkhasiat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Terima kasih, jazakallahu khairan kepada rakan-rakan yang masih sudi menjenguk blog saya yang biasa- biasa ini. Saya masih aktif berkebun cuma tidak sempat mengemaskini entri di blog ini. Saya hanya sempat membuat laporan tanaman di Instagram dengan nama Petak Hijau. Rakan-rakan yang mempunyai Instagram sudi-sudikanlah komen di ruangan komen di Insta Petak Hijau, nanti saya akan follow rakan-rakan ya. 

Alhamdulillah, bekalan bayam sentiasa ada di Petak Hijau sejak ia ditanam. Ia mudah ditanam dan dijaga. Jika dibiarkan berbunga mengeluarkan biji benih, maka banyaklah anak-anak pokok yang akan tumbuh merata-rata berdekatan dengan pokok induk. Jika rajin mengalih, banyak juga hasil yang diperolehi. Sejak akhir-akhir ini, saya agak sibuk dengan kehidupan harian. Tak sempat nak mengalih anak-anak pokok yang tumbuh merata-rata. Kami sekeluarga memang suka bayam jenis ini.  Maka, kerajinan perlu ditambah untuk mendapatkan hasil kebun yang lebih banyak :) Man jadda wa jada.

Pada hujung minggu yang lepas, Mr Chef kurang sihat. Kerajinannya memasak juga merudum jatuh. Makanya, pada Sabtu yang lepas, dengan proaktifnya pada awal pagi saya telah menyediakan bubur nasi bayam yang berkhasiat untuk sarapan pagi dan juga makan tengah hari. Saya bukanlah seorang yang pandai memasak. Apabila masak pasti tak berenggang dengan buku resepi di sebelah :) Resepi bubur nasi ini saya ambil daripada laman web aininizainal.com dengan sedikit olahan mengikut selera keluarga. Untuk penyediaan makanan yg sihat dan home remedy, bolehlah lawati laman web ini. Banyak yang saya belajar dan cedok ilmu daripada situ.

Alhamdulillah. Mr Chef yang sedang batuk dan selsema dan tak lalu nak makan, tambah sampai 2 kali penuh mangkuk. Syukur, ia memenuhi selera ahli keluarga. Setakat ni dah dua kali buat atas permintaan mereka. Cubalah.....

Bayam yang telah dialih cepat membesar. Jangan biarkan ia berbunga nanti dah tak berapa sedap sebab batangnya berserat sikit.

Alhamdulillah. Memang besar -besar dan segar bugar daunnya hasil baja tahi ayam.


MyPetakHijau Nutritious Porridge Recipe.


15 comments:

  1. Salam Awin,

    Banyaknya bayam.... I suka tumis bayam merah ni campur udang atau tumis dengan bawang putih saja. Eh terliur dah..

    ReplyDelete
  2. best nya berkebun awin. aku tggu pindah rumah baru, nak berkebun mcm ko jgk.. nnt bg tips eh mcmana nk berkebun di laman rumah sekangkang kera.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...rumah baru bestnyeee. Aku mula2 tanam bendi je zura...lepas tu minat nak tanam yg lain2 bertambah. Caca marba juga kebun aku ni.

      Delete
  3. Ha, bab bayam merah ni..dah bagi satu pengajaran dekat kak. Tanaman yang lepas kak semai semua benih dari stok yang ada. Apa lagi beribu tumbuh. Tak termakan. Sudahlah bayam ni kurang peminat mungkin kerana air merahnya tu..sekarang kalau nak tak tanam bayam, semai 5 batang dah cukup..kat rumah pun kak sorang ja makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan akak!! Tapi kami mmg suka bayam ni jadi laku saja. Akak cuba buat goreng tepung. Kot ahli keluarga suka

      Delete
  4. Subunya bayammm, tumis air +udang memang sedap.
    Pernah nampak kat Perlis sebuah gerai makan tu masak tumis byam + betik kekuningan, sedap sangat.

    ReplyDelete
  5. Salam Awin. Gemuknya bayam bayam tu.. my kids suka bayam masak air - didih air ngan sikit bawang dan bawang putih, masuk garam dan bayam, sometimes letak ikan bilis sikit.. kalau buat ni mmg yg x makan sayur pun akan makan.

    Shas dah follow ig petak hijau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bayam ni tak rasa pahit...dan kalau masak air tu kadang2 rasa manis kalau makan fresh. jadi budak2 mmg boleh makan. kalau sawi tu makan juga tapi panjang juga ceritanya nak sampai ke mulut. kena makan bersuap.

      Delete
  6. Malam jumaat tu dah nampak raut muka hubby Awin macam tak berapa sihat.
    Bayam ni tukang kebun phobia banyak sebab subur sangat jadinya hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tu mmg dia batuk tapi nak pergi juga sbb semangat setiakawan kebun :)

      Delete
  7. bayam ni memang banyak khasiat.. mama suka masak tumis gitu je.. berebut anak-anak makan.. hihi, tumis pulak dengan udang kering... peh!!

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak 'membayam'.. tanam tak juga .. semenjak husband kata bp boleh naik kalau tak control makan bayam.. akak kalau ada bayam ni semangkuk pun boleh habis..berebut-rebut dengan anak tak macam sayur sawi...

    ReplyDelete
  9. gemuk bayam yg awin tanam. untung berbudi pada tanahkan..cpt dpt hasilnya..

    ReplyDelete