Sunday, February 2, 2014

Keseronokan menanam sengkuang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera paa pengunjung yang budiman,


Sengkuang (Jicama/ Mexican turnip/ Mexican Yam) sangat mudah ditanam dinegara kita memandangkan ia memerlukan cuaca panas untuk bercambah. Berada di dalam keluarga fabaceae - bean family. Pokoknya akan memanjat jika diberi sokongan. Daun dan bunganya cantik. Ia kemudiannya akan menghasilkan kacang. Kacang ini tidak boleh makan. Ia beracun! Menurut Diana, untuk menghasilkan sengkuang yang besar, bunganya dibuang supaya nutrien yang diserap ditumpukan kepada tuber di dalam tanah. Ini kali kedua saya menanam sengkuang. Alhamdulillah, yang pertama tahun lepas sungguh memberangsangkan. Sengkuang yang ditanam ini jika menjadi dapatlah dimakan pada bulan puasa nanti.

Kali ini saya tidak memberikan tempat memanjat semulajadi. Mohon panjat sendiri pokok-pokok tinggi yang berdekatan :) Biji benih boleh didapati daripada Diana.




9 comments:

  1. salam awin

    entry awk kali ni membuatkan sy keluar dr umah check umah jiran selang 2 buah umah, rupanya akak tu tanam sengkuang...kalau dr segi cuaca dah sesuai ni kalau nak tanam..cuma tanah? mcm mnr yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak ke depa tanam sampai nadia keluar rumah tgk? menurut diana jgn tanah pasir. yg lain2 ok. seronok sgt tanam sengkuang ni.

      Delete
  2. Dia pandai panjat sendiri tu, habis pokok rambutan dan belimbing buloh dia naik-naik sendiri,

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde pokok tu semua. suruh la dia panjat pokok2 yg ada :)

      Delete
  3. menarik.., selama ni saya sangka sengkuang macam carrot saja tidak memanjat....

    ReplyDelete
  4. sy ada tanam nenas dn timun, nt boleh tukaq2 buat rojak..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dekat mmg boleh nak tukaq2. Tak termampu Tukang Kebun Petak Hijau nak tanam semuanya :)

      Delete
  5. Nanas bolehlah letak sebelah kompos untuk menghindarkan benda yang bahaya.

    ReplyDelete