Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang dikasihi Allah,
|
Sebutir padi |
Cerita ini berkisar pada tanggal Disember 2013 semasa saya bercuti panjang untuk hari perkahwinan adik-adik saya yang disayangi. Setelah selesai berkemas di rumah mak saya di Sungai Petani saya pulang ke Alor Setar ke rumah mertua di Alor Setar. Kerana cutinya panjang, jadi kami beragenda ke sana-sini di sekitar Alor Setar. Teringin juga ke Langkawi, tetapi memandangkan cuti sekolah, tentu ramai juga makhluk di Langkawi.
Kami berlapan ke Muzium padi membawa tentera-tentera Allah ini sambil meraikan kejayaan Ariff (anak saudara) mendapat 8A dalam keputusan PMR. Seronok juga ke Muzium padi, mengenali dengan lebih dekat tentang makanan ruji yang kita makan selama ini.
|
Kucing bodoh menarik perhatian kami |
|
Muka gembira Ariff dapat 8A. Dia adalah pelajar sekolah Kolej Sultan Abdul Hamid. |
|
Negeri Kedah Jelapang padi. Tetapi sekarang sudah banyak tanahnya ditambak dan digunakan untuk membuat perumahan. Adakah jolokan Jelapang Padi dapat dipertahankan 10 tahun kemudian? |
Dekat sangat dengan rumah kampung kak Awin. Tapi sampai ke hari ini kak belum lagi melawat muzium tersebut, tak tahu kenapa.
ReplyDeletepergi la melawat.....dapat juga ilmu barang sedikit
DeleteTahniah keputusan PMR yang cemerlang.
ReplyDeleteSarawak mungkin rival nya nanti.
Sedih sebab kita sepatutnya eksport keluar beras utk tambah pendapatan negara, tapi kene import lagi beras dari luar utk keperluan rakyat.
Delete