Friday, January 31, 2014

Cara menyimpan Rosemary agar kekal lama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang budiman,


Saya ada membeli sepokok rosemary daripada seorang pakcik di Pasar Besar Shah Alam minggu lepas. Saya pilih yang berkayu kerana nampak lebih stabil dan tahan lama. Sebelum in pernah membeli sepokok rosemary juga di sebuah nurseri di Mydin Subang Jaya tapi mati sebab masa itu siram terlebih air. Rosemary tidak perlu disiram dengan air yang banyak. Kali ini saya tidak menyiramnya seperti biasa dari atas ke bawah. Saya letak air dalam besen dan letak pasu rosemary di dalamnya. Air akan diserap dari bawah. Teknik siraman begini saya telah aplikasikan kepada semua pokok succelent saya di pejabat dan alhamdulillah semuanya masih hidup.

Saya ada terbaca di dalam blog tanamsendiri.com tentang cara menyimpan rosemary supaya aroma daunnya tidak hilang apabila digunakan. Teknik yang diperkenalkan oleh tanamsendiri.com dapat memelihara kesegaran daun dengan membuat kiub-kiub ais rosemary. Rosemary digunakan oleh Mr Chef dalam masakan gril daging lembu dan kambing.



Selingan Jumaat


4 comments:

  1. sini susah nak dpt yg fresh..nak tanam pun takder seeds..sy guna yg dried jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di cold storage banyak di jual yang fresh. Tapi kami nak cuba juga menanam hingga berjaya. In sha Allah

      Delete
  2. Belum berjaya lagi dgn rosemary ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun terus mencuba Kak Mar. Mr Chef tak nak mengalah sebab senang dia nak guna dalam masakan gril nye

      Delete