Monday, January 27, 2014

Hasil tuaian minggu ke 3 Jan 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan pengunjung yang budiman,


Roselle yang masih menjadi champion. Kacang panjang renek juga mula mengeluarkan hasil. Masih kecil tapi Mr Chef suruh ambil sebab dia nak masukkan dalam daging masak kicap menu tengah hari Sabtu.


Alhamdulillah

4 comments:

  1. Salam Awin,

    Geram je Mak Aji tengok bunga roselle ni, banyak pulak tu! Mak Aji ngan roselle semacam takde jodohlah, dah dua kali tanam, dua kali tu juga kering dan mati. Sempat sekali sahaja tuai, itupun beberapa kelopak sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Mak Aji,
      Alhamdulillah Mak Aji, rezeki Allah bagi. Anak-anak suka minum jus roselle. Jadi, mamanya automatik jadi semangat nak tanam dan jaga roselle elok-elok. Ada 5-6 pokok tu Mak Aji. Dapatlah menampung keperluan. Diana pernah mentioned masa komen dulu,,,,mungkin kene beli peti sejuk yang lebih besar. Kenyataan Diana tu mmg berasas. Dia makan garam lebih banyak dari kita yg baru nak tanam roselle ni. Mak Aji cuba la lagi tanam. Tanam hingga jaya!

      Delete
  2. Cantiknya roselle tu macam bunga walaupun buah.

    ReplyDelete