Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang budiman,
Projek penstrukturan semula Petak Hijau fasa 1 sudah sepenuhnya siap. Saya perlu tanam lebih banyak lagi tanaman untuk memeriahkannya. Sila rujuk entri projek penstrukturan semula di
sini. Penstrukturan semula ini mengambil kira kedudukan tanaman. Kedudukannya perlulah saya dapat capai dan belek serta menghapuskan perosak tanaman :) Fasa 2 akan dimulakan semasa quarter 3 nanti. Semasa quarter 3, saya akan memasukkan konsep vertical gardening yang saya belajar dari sebuah buku. In sha Allah.
|
Kumpulan kiri dan kanan. Di sebelah kiri frontyard saya banyak menanam di atas tanah. Frontyard sebelah kiri mendapat cahaya matahari pagi, Jadi tumpuan adalah lebih kepada sebelah kanan untuk menanam tanaman sayuran. |
|
Pekebun kecil di sebelah kiri Petak Hijau. Sedang menghapuskan perosak ganjil di pokok kari dengan lidi cucuh api. Pest buster! :) |
|
Pekebun kecil di sebelah kanan Petak Hijau. Saya menambah bunga-bungaan supaya dapat menarik agen pendebungaan ke Petak Hijau. |
Banyaknya pokok2!!! Semuanya nampak organized :)
ReplyDeleteambik gambar di tempat2 organized ja :)
DeleteMeriahnya tanaman kat kebun Awin....tak sabar nak tgk vertical garden tu nnt....:)
ReplyDeletesaya pun tak sabar nak aplikasikan apa yg dibaca
Deletecantik topi pekebun kecil tu
ReplyDeletetopi vietnam mari
Deletebanyaknya pokok bunga dan pokok sayuran disni wpun bekerja sepenuh masa
ReplyDeleteapabila bekerja dan tensi melanda inilah akibatnya.
DeleteSebelah kiri dah sangat maju from the last time we visited ;P .
ReplyDeleteSyabas!
baru dpt rentak Diana. learnt from experience on how to arrange so that all containers are reachable.
Deletesalam kenal dari ct...meriahnya laman...suka tengok
ReplyDeleteselamat berkenalan ct. sangat menghargai kunjungan ct ke sini.
Delete