Pokok ginseng jawa di Petak Hijau telah beranak pinak cucu cicit dah. Mudah sungguh ia tumbuh. Pada awal bulan ini, memang ginseng jawa sangat banyak pokoknya. Saya telah mengambil pucuknya untuk dibuat sayur. Akarnya yang semacam ginseng juga saya tuai untuk direbus minum utk kekuatan dalaman. Sesuai sangatlah untuk ibu bekerjaya macam saya ni. Badan terasa tak penat sangat dan rasa segar.
Suatu ketika Mr Chef buat Olio Oglio Seafood dengan meletakkan pucuk ginseng jawa sebagai bahan-bahan tumbuhan. Anak-anak makan bertambah-tambah. Sangat puas hati suap mereka makan. Makan sampai licin pinggan mangkuk.
Berikut adalah resepi yang diberikan oleh rakan sepejabat saya Kak Mimi dan diolah mengikut citarasa Mr Chef yang sangat suka makan sayur dan haiwan.
olio oglio seafood
1. Tumis bawang putih + bawang besar + daun basil serbuk + daun oregano + kiub ayam + serbuk cili serbuk lada hitam + minyak zaitun
2. Masukkan air rebusan udang + udang + sotong
3. Masukkan spagetti yang telah direbus. (Tips masak spagetti yang tidak melekat ialah dengan masukkan minyak semasa merebusnya)
4. Masukkan tumbuhan - cendawan segar bunapimeji dan cendawan butang dalam tin, segar lagi bagus, capsicum, carrot, ginseng dan jawa.
5. Siap!
Kepada yang berminat untuk membeli biji ginseng jawa benih boleh ke http://kebunbahagiabersama.blogspot.com.
Ginseng jawa - akarnya direbus dan minum air minumannya |
Olio Oglio berginseng jawa. Sedap! |
Salam Awin,
ReplyDeleterasa daun ni sama ke dengan daun bayam malabar..agak berlendir? ada bau x? air rebusan akarnya rasa apa ye?
Assalam SeriTujuh, daunnya macam malabar tapi tidak berlendir. Tiada bau dan tak rasa apa pun makan :) Rebusan akarnya tak rasa pahit, payau sikit. Buat untuk suami, dia minum habis segelas :)
DeleteSedapnya spagetti akarsom ni..
ReplyDeleteKak Mar, memang sedap. Weekend ni nak minta Mr Chef buat lagi.
DeleteTukang kebun at the moment kena puasa daun ginseng jawa sebab low blood pressure.
ReplyDeleteDaunnya bagus untuk orang yang sedang ada high blood pressure untuk turunkan.
Tapi for reptile people macam tukang kebun nak kena hati-hati due to low blood pressure ;) .
Recommended bagi yang menghadapi masalah high blood pressure.
me also low blood pressure
Delete