Friday, February 7, 2014

Mudahnya menanam bendi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang dikasihi Allah,

Bendi nan sebatang sudah dipenghujung hayatnya. Alhamdulillah telah ada 3 pokok pewaris yang menyambung. Ini adalah kawasan sebelah kiri yang kebanyakannya saya tanam di atas tanah. Benihnya dicampak saja di atas tanah berhampiran bendi nan sebatang. Hanya tiga sahaja yang hidup.

Saya tidak tahu apakah jenis bendi ini sebab biji benih dah bercampur-campur. Yang pasti ia cepat berbuah. Tinggi baru sekaki sudah berbuah. Boleh agaknya jika nak bagi nama bendi sekaki :)

Kebiasaan saya akan menuai bendi jika panjangnya mencecah tidak kurang 5 cm. Tip dari tanamsendiri.com. Bendi bersaiz itu manis dan lembut.

Memang mudah menanam bendi. Jika ingin bermula berkebun silalah tanam bendi, in sha Allah jika cukup keperluannya akan mendapat hasil. Saya memang suka tanam bendi kerana dapat memberi peringatan kepada diri sendiri di mana dari bendi lah saya bermula. Apabila diri rasa baru nak mula, ilmu akan terus-menerus dicari gali.

Bendi sekaki

Selingan Jumaat

Al Kahfi : 39



13 comments:

  1. Nk tiru lah. Nk tanam bendi gak...hehehe

    ReplyDelete
  2. Bendi memang antara mudah for tropical gardening.

    ReplyDelete
  3. K Mar pula tak semua bendi menjadi .. byk kali juga try.. bila menjadi seronok..

    ReplyDelete
  4. K Mar pula tak semua bendi menjadi .. byk kali juga try.. bila menjadi seronok..

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan awin...bendi sangat mudah di semai Dan bercambah...sy baru semai kailan bendi tomato terung kacang panjang Dan cili....sehingga hari ini hanya bendi yang ceria bercambah...yang lain entah lah..ke Laut mana ntah

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak mencabar time musim panas ni. kita usahakan juga jom

      Delete
  6. bendi goreng kicap pecah telor..ayoyo

    ReplyDelete