Friday, February 28, 2014

Moringa Miracle Plant

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang dikasihi Allah,

Pokok dari Keratan moringa ini saya beli dari tanamsendiri.com di rumahnya pada bulan lepas. Saya sangat tertarik untuk membeli kerana khasiatnya. Daunnya mempunya semua asid amino perlu yang diperlukan oleh tubuh manusia untuk membina pertumbuhan badan.

Mr Chef yang beriya-iya nak beli pokok ni kerana dahulu katanya memang arwah mak tanam di rumahnya di Alor Setar. Kacangnya yang Mr Chef panggil kacang munggai sedap dimasukkan ke dalam kari ikan bilis. Dulu kata Mr Chef, kacangnya perlu cepat dituai sebab memang akan dicuri jika lambat tuai. Hujung minggu lepas Mr Chef masukkan daunnya ke dalam telur goreng kegemaran anak-anak.



14 comments:

  1. Salam Awin, mudah ker nak tanam keratan moringa ni? Semai dalam tanah je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ini saya beli mmg dah tumbuh dari keratan. Masa beli tu dah ada daun

      Delete
  2. Masa kecik2 dlu pun sy selalu makan kacang dan daun ni, sy suka rasa kacangnya, sedap manis-manis. Kat opis ni ada 2 pkk, tp cleaner la yg slalu ambik...hehehe

    ReplyDelete
  3. as salam...,kak.. mahal x..? wahhh, kena tanam juga ni...khasiat yg penting... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yng ni RM30 kot. lupa sebab banyak membeli pokok hari itu.

      Delete
  4. pokok nie kalau besar boleh jadi sangat besar tau ..btg ngan akarnya...mmg tak muatlah plastik hitam tuh..yg kat umah kitorang nie besar cam pokok rambutan yg tua btgnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu UAA. Mr chef nak tanam sebab nostalgia masa kecil katanya :) banyak tak kacangnya. Memang sedap makannya. Masuk dalam kari

      Delete
  5. Buah munggai ni masak lemak dengan telur atau ketam sedap ni...pucuk dia pun boleh makan juga,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mala....belum pernah makan dengan masak lemak. Nanti akan dicadangkan kepada Mr Chef. Terima kasih

      Delete
  6. Pokok ni besar tinggi kan...sdap masak gulai lemak dengan udang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah! akan dicadangkan jua menu ini kepada Mr Chef

      Delete
  7. Sy pun tgh aim pokok ni...tapi hanya dapat tanam disekitar umah mak...umah sy x cukup luas utk pokok munggai ni...suka jugak taruk daun nya dalam telur dadar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli jangan tak beli Nadia :) Kami tanam untuk daunnya setakat ini.

      Delete