Saturday, March 9, 2013

Cerita tentang Red Capsicum

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Alhamdulillah syukur ke hadratNya. Red Capsicum akhirnya telah bertukar menjadi merah. Walau tidak semerah yg dikehendaki tetapi dapat merasa juga capsicum tanam sendiri. Pokok ini adalah satu2nya pokok yg tinggal, setelah 3 lagi pokok terpaksa dicantas kerana serangan aphid yg teruk. Seumur hidup ini tak pernah sangka dapat makan capsicum tanam sendiri sehinggalah pada saat ia dituai. Pokok ini juga diserang aphid yg teruk tetapi sebab ia telah berbuah, saya pun berhabis2an menyembur aphid. Petanda aphid adalah semut2 pembela. Saya sembur dengan semburan perosak formula tanamsendiri.com alternate dengan neem oil. Ketegaq juga aphid ni. Mmg sangat2 dipantau sebab sayangkan pokok capsicum nan sebatang ini. Kesian pokok lain dianaktirikan buat sementara waktu.


Setiap hari saya akan membeleknya. Sebelum pergi kerja dan setelah pulang dari kerja mmg akan dijenguk jua. Sayang sungguhlah kan. 


Pokok yg sama tapi diambil dari dimensi berlainan. Hairan sungguh apabila dibandingkan dengan post yg lepas macam kurang pula buahnya. Wondering. Pernah nampak kelibat tupai di Petak Hijau. Adakah angkara ia?


Ingatkan saya saja yang suka membelek capsicum. Mr Chef pun turut serta rupanya. Suatu hari Mr Chef terjumpa sebiji capsicum telah jatuh ke tanah. Mungkin sebab hujan yg sangat lebat pada hari itu. Comelnya capsicum di tangan smallkid :)



Saya tuai yg sebelah kiri tu sebab macam dah buruk kat atas tu. Tak tahulah mengapa. Sebelum tak boleh makan langsung. Baiklah saya tuai awal sikit.



Mr Chef telah menggunakan capsicum ini dalam mini pizza rekaannya menggunakan roti Gardenia Brushetta. Sungguh sedaplah pula. Lepas masak topping (capsicum+tomato+mushroom+sos tomato), Mr Chef susun cheese di atas topping yg telah diletakkan di atas roti dan tabur dengan serbuk oregano.



Pada hari yg lain dapat juga menuai capsicum ni. Ada macam buruk kat atasnya tapi masih boleh dimakan. Buang saja bahagian yg tak elok tu. Oh my capsicum. Syukur alhamdulillah!


Masakan inilah yg mendorong saya menanam capsicum. Namanya adalah Grilled Vege. Masa awal2 Mr Chef buat mmg non stop makan. Lepas tu minta Mr Chef buatkan lagi dan lagi. Selalunya menu ini jadi menu makan malam kami. Menyihatkan, tak heavy dan mudah disediakan.  Terima kasih my Mr Chef!



19 comments:

  1. alhamdulillah.kapskikum akak bantut lagi... grilled capsicum memang menyelerakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak. Ini pon satu pokok yg survive.

      Delete
  2. Capsicum tak susah sangat nak tanam kan..pizza tuh nampak sedap sangat..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkkkk...mak buyung....terasa bersalah pulak lah tunjuk gambar fud...gegegegegeg.

      Delete
  3. Zam,

    Imbuh jaga. Kalau capsicum beli supermarket layu dalam peti ais, yang tanam sendiri I'm sure direct to the chef as in your entry

    ReplyDelete
  4. comel capsicum tu. berbaloi tanam boleh buat pizza. kalau beli, sebiji pun dah mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Mmg berbaloi. Sebiji beli pun dah mahal.

      Delete
  5. Alhamdulillah... yg dulunya hijau sampai jgk merah. seronok nya tgk capsicum menjadi. buat bgi smangat kat kita yg tengok ni. tpi kn, pertumbuhan capsicum ni mmg lambat kn? Dya ada satu pkok tpi msh kecil tak nak naik je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 mmg agak lambat. Saya letak air kisar perut ikan setiap 2 minggu dan letak baja tahi ayam. Alhamdulillah cepat membesar...cuma kene rajin menyembur aphid yg suka menempek. Takpe...dya cuba belai leklok yg nan sebatang. In shaa Allah.

      Delete
  6. comel2 capsikum awk ni..lebat pulak tu berbuah...pokok pun besar...sy punya mcm k.mar bantut...buah pun ala2 mini jugak size nyer

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah,

    Betul2 menaikkan semangat saya nak menanam capsicum ni. hehe.....cuma tak kental nk lawan si aphid tu. lenguh spray,last2 tak spray dah. sabor je la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Syukur saya passion menghalau aphid2...kalau tak tidaklah dapat makan capsicum.tanam sendiri

      Delete
  8. Tanam kat subang gagal! Nak tanam kat Fraser Hill pulak, kalau jd lepas ni Lynn pulak yg tayang erkk...(hm niat dah bongkak, tu ler tanam selalu x jadi..ceh ceh..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lynn...cuba lagi tanam kat subang. Saya pun subang jaya jugak. Chaiyokk jiran....jgn patah semangatmu. ~~~ tiba2 jadi jiran :)

      Delete
  9. Wah hebatlah chef petak hijau dishes semua keluar air liur dibuatnya and of course congratulation pada yang tukang tanam. Nostalgia pula rasa detik-detik kami dulu harvest capsicum sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diana.... I garden with passion. Mr Chef cooks with passion! He loves cooking so much! Syukur :) when engineer turned chef!

      Delete
  10. baru mula menyemai benih capcicum..moga menjadi mcm ni pun dah berbaloi

    ReplyDelete