Friday, January 11, 2013

Jus Rosselle laris!

Assalamualaikum,
Jus mmg rossele menjadi kegemaran anak2 saya. Minggu lepas saya tuai rosselle buat jus tapi tak sampai setengah hari dah habis.  Laku sungguh! Saya pun tak sempat nak merasa. Saya perlu tanam lebih banyak pokok rosselle!

Saya ada 3 pokok rossele. 2 daripadanya telah membuahkan hasil dan satu lagi baru sekaki tingginya. Rupanya bunga rosselle ni lebih kurang sama dengan bendi cuma warnanya berbeza. Saya beli peket kedua dari tanamsendiri.com baru menjadi 2 pokok. Satu pokok lagi adalah benih pemberian bos. Saya berazam untuk mengutip benih dari pokok sedia ada untuk menanam lebih banyak pokok rosselle. 



Pokok rossele di bawah adalah diambil di rumah jiran mak saya di kampung. Memang meriah dan cantik sungguh pokok rossellenya tapi sayangnya telah ditebang cuti sekolah disember lepas. Sekali pandang mmg tak perasan, dah lalu lalang byk kali pandang baru perasan pokok rosselle sebenarnya! Terpegun juga tgk rosselle ni. Mmg menjadi sumber inspirasi! Masya Allah! Allahuakbar!


4 comments:

  1. Haii..lebatnya rosella dia.. nak kena tanam jgk nie..tapi tak taulah jusnya blh laku ker tak..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg jeles tgk pokok rosselle ni. Tp sayang dah ditebang. Mulanya anak2 suka beli jus yg dibeli. Sbb mereka suka sangat jadi tanam sendiri adalah lebih menyihatkan dan menjimatkan :)

      Delete
  2. waaa.....roselle yang kat bawah tu membesar bagaikan juara!!!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu qis....nasib baik anak2 x perasan. Kalo x mungkin mereka suruh mama nya mintak nak buat jus...phewww

      Delete