Saturday, January 26, 2013

Potluck Akar Seruntun

Assalamualaikum,
Siapa yg pernah rasa akar seruntun atau Patawali? Sila bagi komen akan rasanya. Ingin tahu reaksi dan perasaan anda. Saya pernah rasa. Ketika itu saya ingin memutuskan penyusuan anak saya kerana sudah lebih dua tahun dan tubuhnya tidak membesar sangat sebab asyik clingy menempek dengan mama. Saya telah cuba letak sirih dan kopi tapi gagal. Suatu hari, makcik cadangkan letak akar seruntun. Sebelum letak saya rasa dulu. Rasa pahitnya mmg tak boleh digambarkan sebab pahit sangat. Saya ambil masa lebih kurang 3 hari nak lupakan rasa pahit tu. Kasihankan anak, saya hold dulu cari kekuatan. Akhirnya, saya letak juga dan automatik mmg anak saya tak  nak menyusu dah lepas tu. Alhamdulillah, lepas tak menyusu badan, dia kuat makan dan beratnya bertambah.

Baru2 ni kawan-kawan saya pesan akar seruntun untuk cerai susu anak2 mereka. Kawan2 siap datang rumah buat Potluck Akar Seruntun sambil saya memberi penerangan ringkas tentang penggunaannya. Masih ada lebihan keratan akar seruntun pada saya. Akar seruntun ini saya ambil dari Petak Hijau Muhibbah hujung minggu lepas kerana berkunjung ke sana. Bg sesiapa yg berminat untuk cerai susu atau tanam bolehlah emelkan kepada saya zamzurina@gmail.com alamat utk saya poskan. Memang banyak kegunaan akar seruntun ataupun patawali ini. Antaranya, jika selalu mengamalkan minum air rebusannya, dikatakan nyamuk tak gigit. Tapi lalukah nak minum air rebusannya? Hmm...alah bisa tegal biasa, mari kita cuba! \^_^/

Dalam mencari maklumat tentang akar seruntun ini, saya terjumpa satu artikel tentang akar seruntun yg gerenti santai dibaca. Jom baca ramai2!




10 comments:

  1. salam zamzurina, penah tgk pokok ni..tapi biasalah tak tau nama & kegunaan nya...kalau sy mmg dah angkat bendera putih awal2...bab pahit memang takle buat kawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pahit sikit2 blh lg. Tp pahit ini mmglah tak dpt dijelaskan.

      Delete
  2. Baru tahu psl akar seruntun nie bila bc n3 nie...hmmm pahit yer..? bila letak mulut jer baby terus taknak yer..? inshaallah bila sy balik M'sia nanti mungkin time tuh nak kena putus susu kot ngan baby baru..kalau panjang umur..bolehlah mintak sket ngan zamzurina kan...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu masih bby mmg sian nak bg.anak saya saya time tu mmg x blh lagi dipanggil bby :) ingat akar seruntun ingat saya. In shaa Allah saya bg jika pokok masih ada.

      Delete
    2. Kalu masih bby mmg sian nak bg.anak saya saya time tu mmg x blh lagi dipanggil bby :) ingat akar seruntun ingat saya. In shaa Allah saya bg jika pokok masih ada.

      Delete
  3. maksud sy dalam 2 tahun lg lah..bila dah ready utk pisah susu kan..:)

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum,sy nak tau cara nak guna akar seruntum utk pisah susu..sapu getahnya pada puting ke?..tq untuk info

    ReplyDelete
  5. Puan. Di mana saya boleh dapatkan akar seruntun ni

    ReplyDelete