Tuesday, May 14, 2013

Menanam timun dalam pasu gantung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pokok timun ini benihnya saya beli daripada tanamsendiri.com. Tidak pasti pula dari jenis apa. Saya semai 4 biji benih dalam pasu gantung di backyard. Hanya satu yang berjaya hidup hingga ke hari ini. Alhamdulillah, ia mula menjalar ke atas. Setakat ini, pokok timun ini selamat daripada serangan perosak. Ini bukanlah kali pertama saya tanam timun. Sudah beberapa kali saya cuba tapi tidak menjadi akibat serangan kekabuh timun. Saya harap kali ini dapatlah saya tuai hasil timun tanam sendiri. Baja yang saya gunakan untuk timun ini adalah baja tahi kambing.



14 comments:

  1. semoga berjaya jadi buah... K Mar dah stop tanam timun... benih ada lagi.. tengok macam ni rasa nak semai balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula kak mar. sampai habis biji benih saya dah semai....belum menjadi lagi

      Delete
  2. cantik pulak tanam dalam pasu gantung...erm timun..awal2 best bercambah...bila dah besar..mula la kekabuh buka mata...menci menci!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah nampak kesusahan nak menuai. tapi ku tanam jua.

      Delete
  3. salam zam... boleh tiru ni...

    ReplyDelete
  4. owh.. dlm pasu gantung pun ada..

    ReplyDelete
  5. Salam Awin,

    Kali pertama tengok timun kat pasu gantung ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak aji....saya pun cuba2 jugak ni. tiang2 di atas tu boleh jadi trellis. harap2 kekabuh tidaklah datang ke backyard ini.

      Delete
  6. Lynn pun stop sekejap tanam timun..kekabuh byk sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila kwn2 menuai timun semangat pun kembali wpun kekabuh asyik kunjung tiba.

      Delete
  7. kekabuh ni sadis sangat. Tapi nak juga timun tanam sendiri. Moga ketinggian tu kekabu tak dapat terbang.

    ReplyDelete
  8. idea yg kreatif,boleh menjimatkan ruang disamping jadi hiasan yg cantik...

    salam kenal..akak follow awin..

    ReplyDelete