Sunday, May 12, 2013

Kacang panjang renek

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Merujuk kepada posting sebelum ini, memang saya banyak menanam kacang panjang renek, alhamdulillah ini adalah satu-satunya sekelompok yang menjadi. Pasu ini letaknya di ruang kosong di antara rumah saya dan rumah jiran. Ia mendapat cahaya matahari dari pagi dan petang. Tiada baja yang diletakkan. Pertumbuhannya sungguh cepat. Kacang panjang renek ini adalah benih kongsi daripada Ibu Qistina. Syukur, gembira sangat apabila melihat kacang-kacang ini terbentuk hingga sebegini. Jiran sebelah ingatkan pokok hiasan, tak sangka pula ia adalah kacang panjang renek. Terima kasih Ibu Qistina. Syukur alhamdulillah.


17 comments:

  1. assalam Awin.. suka akak tengok kacang renek ni.. tak perlu risau dia menjalar kan! ni yang nak ngecek ni.. kalau la ada benih ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt kak mar emelkan alamatnya. saya poskan. tapi saya rasa hasilnya tidak seperti kacang yg menjalar.

      Delete
  2. saya dah lama carik benih kacang ni, kalau ada lebih nk jugak cam kak mar....hehehe

    ReplyDelete
  3. comel pulak tanam dlm pasu mcm nie..lebat plak tu berbuah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat tuai. semua dah jadi bijii benih

      Delete
  4. kacang renek yg sy tanam tak tumbuh lak..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp kacang panjang ummuaidan menjadi

      Delete
  5. As salam,
    Ada satu yg mengujakan saya bila tgk pkk kacang renek yg ditanam ni. Tiada sebarang cacat cela pd daun. Kacang pjg saya habis rompong daunnya dimakan oleh ladybug dan serangga perosak lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dgn en.adry,saya punya kacang pun mcm tu.Habis rompong dan berlubang.

      Delete
    2. yg letak kat luar ni mmmg serangga x kacau sgt. yg kat dalam kebun mmg habis compang camping

      Delete
  6. Salam Awin,

    Kecil dan renek tapi banyak kacangnya! Tumpang seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt boleh cuba tanam di hanging pot

      Delete
  7. yg i tanam tak jadi...huhu..yg jenis bukan renek jadi pulak..

    ReplyDelete
  8. Syukur alhamdulillah,yg ada d kongsi bersama.seronok kan tgk pokok kacang berbuah lebat. Saya dolu masa mula2 tanam syok dan terasa hebat sbb berjaya tnm kcg. Hehe....happy garden awin. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tak terhingga kepada ibu Qis.

      Delete