Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Cili ini unik kerana ia bulat. Saya suka melihat jika banyak buah terhasil dan menjadi merah. Ia kelihatan seperti hiasan di laman rumah. Telah beberapa kali saya semai di Petak Hijau tetapi tidak berjaya. Ini adalah pokok yang ditanam di Petak Hijau Seri Bayu, di rumah mak saya. Cili ini tidaklah dijaga sangat. Membaja pun sekali-sekala sahaja. Tapi ia rajin berbuah walaupun buahnya tidak lebat. Syukur alhamdulillah.
Menurut mak saya, pokok cili dalam pasu ini pernah dimakan oleh lembu. Ya, lembu daripada estet kelapa sawit sering berlegar-legar di depan rumah.
Pokok ini menghasilkan cili peppino yang agak meriah. Syukur alhamdulillah.
zam mmg tere tanam cili...:D
ReplyDeleteni mak saya yg tanam. saya tanam di rumah gagal
Deletenampak cam capsicum sket kan..
ReplyDeletetapi kecik ja. membulat ke atas
Deletelembu makan pokok cili...cili tak pedas ke zam?
ReplyDeleterasanya mkn pokoknya bukan buahnya. pokok cili manis kot
DeleteSaya ada semai cili ni jugak beli kat diana. tp mcm tak berapa nk cambah.......segan nk letak gambar. Awin punya bukan main cantik lagi. :)
ReplyDeleteni cili mak saya. yg saya tanam mmg x nmpk rupa
DeleteCili ni macam belon sebab buahnya ke atas.
ReplyDeletebelon....word yg tepat
Delete