Minggu kedua Mei 2013 ini saya menuai semua yang boleh dituai sehingga habis. Tatsoi mengetuai hasil tuaian kali ini. Mr Chef masak dengan sos tiram. Kids pun suka. Licin semua tatsoi yang diletakkan dalam pinggan mereka. Long Scarlet Radish yang sudah tua juga dituai. Hanya sepokok sahaja yang hidup. Syukur alhamdulillah. Kali ini bunga telang lebih banyak hasilnya. Kids dengan rajin menolong mamanya menuai bunga telang. Masing-masing berebut-rebut nak cari tuai bunga telang nak banding siapa yang paling banyak. Upahnya saya telah buat sirap biru dan masukkan jus dari sebiji lemon. Bendi banyak yang dituai tetapi hanya 1/4 saja yang boleh guna. Banyak yang sudah tua mengeras dan terpaksa masuk kompos.
Daun tatsoi sangat cantik. Ini kali pertama makan tatsoi. Syukur alhamdulillah.
Pegaga gajah juga dituai untuk diberikan rakan sepejabat. Menurutnya, adiknya menggunakan pegaga gajah ini untuk menambah susu badan.
assalam Awin... apa rasa tatsoi tu... pegaga gajah apa resepi yg sedap ? banyak betul kat laman akak! dan memang saiz gajah he he..
ReplyDeletewassalam kak mar. tatsoi tu rasa manis. tak sama sangat dgn greens biasa. munglin kalau celur je lg boleh tahu rasa sebenar. pegaga tu kalau saya buat ulam je. tp rakan2 ofis ada yg buat masak lemak dan kerabu
Deletesalam awin, ari sy jgk dh mula blh merasa bunga telang...mkn raw je...sedap!
ReplyDeletesaya belum pernah makan raw. pasti cuba lepas ni
DeleteSaya sambil menolong Ilhan menuai bunga telang yang bahagian atas selalu kasi Abby makan bunga telang meratah. Biru-biru air liurnya keluar dari mulut hehehe.... Segar Bugar semaian di petak hijau. Tatsoi tu pun hubby suka masak campur sos tiram, selalu resepinya masak tatsoi dipanggil kungfu style.
ReplyDeletedapat bayangkan abby dengan mulutnya yg biru
DeleteSalam Awin,
ReplyDeletePegaga gajah ni yang hidup dalam air tu ke? Mak Aji panggil pegaga air, nampak sama aja! Kami buat ulam mentah juga. Katanya bagus untuk awet muda! Baru tahu yang ia bagus untuk tambah susu badan!
yg ni hidup di tanah mak aji.
Delete