Thursday, May 9, 2013

Rumpai disangka Red Cabbage Acre

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pokok ini saya belai dan jaga sejak ia bercambah.  Asalnya memang saya tabur benih red cabbage acre di situ. Tag pun masih ada. Setelah ia membesar timbul perasaan ragu-ragu. Terus saja saya bertanya Diana. Diana mesti pening-pening lalat nak jawab :) setelah ia berbunga barulah saya tahu ia adalah rumpai dan bukanlah tanaman yang saya semai. Saya mula perasan ada pokok yang sama di kawasan luar rumah. Pokoknya berbunga kuncup kecil. Banyak rama-rama singgah di pokok ini. Apabila matang ia akan kembang membentuk seperti kapas putih. Cantik. Jadi saya biarkan saja tanpa dibuang. Pada minggu lepas saya outsource kerja-kerja pembersihan kebun kepada Amir si tukang rumput. Kerjanya adalah memesin rumput, tetapi selalunya dia akan bersihkan juga kawasan sekitar kebun termasuklah membuang daun-daun kering. Tidak sangka pula dia nak buang pokok ini. Setelah memberi upah, saya pun meninjau-ninjau kebun yang kemas dan bersih tanpa rumpai, dan terlihat kotak polisterin yg berisi rumpai yang telah kosong serta tanahnya siap digembur! Selamatlah bunga rumpaiku!




19 comments:

  1. rasanya pokok tu pun boleh makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun perasan....bunga yg mcm entry Dr H. tapi daunnya bukan. idaklah teman berani makan.

      Delete
  2. salam zam, cantik pulak rumpai tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka bunganya. si Amir pulak pegi buang....adoiyaiii..berlapang dada lah

      Delete
  3. Salam Zam,

    Kes mistaken identity ni Mak Aji pernah kena dengan pokok akar dani. Dok sibuklah tunggu pokok besar, panjat pergola dan berbunga (dalam hati kenapa dahannya keras kejung semacam, bukan macam creeper??) rupa2nya pokok semak (daunnya sama je). Doklah belai bagai nak rak. Dah tau, terus tebang je cari yg betul punya.

    ReplyDelete
  4. Alaa siannya ..dah put some effort dan time..tiba2 lain lak jdnya..takder rezki kan...

    ReplyDelete
  5. kalau tak salah, daunnya boleh dimakan.. dulu masa di kampung, makcik saya pernah masak lemak putih sayur ni. tapi tak confirm pokok ni sebab ada dua jenis yang lebih kurang sama.. yang boleh dimakan tu baunya maung seakan bau cili. yang tak boleh makan tu bau busuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh dimakan ye. nak cuba pun x blh sudah...

      Delete
  6. rezeki rumpai untuk dibelai...tapi bagus nyer tukang mesin rumput tu..siap gembur kan tanah....kalau lah ada disekitar area sy ni kan bagus...sini hanya mesin..bersihkan buat sendiri...

    ReplyDelete
  7. kat kelantan pokok tu namanya bayam praksi, pokok yang muda biasanya dimasak sayur pedas.

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Saya sgt suka bayam praksi ni, buat ulam cicah sambal, rangup dan sedap. Buat sup dgn telur pun boleh. Biasanya yg tumbuh meliar tu sgt subur.

      Delete
  9. Di kelantan pokok ni dpanggil bayam peraksi.sdp dibuat ulam mentah.blh jg dimasak mcm sayur lain.

    ReplyDelete