Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Apabila yang selalunya memanjat dibiarkan melata begini tanpa pancang, bersimpang siurlah ia mencari tempat berpaut. Satu pucuk telah berjaya pun berpaut di salah satu pokok asin-asin. Disebabkan batangnya yang merah menyerlah, tanaman ini kelihatan cantik bersimpang siur begitu :) Sungguh senang mata yang melihatnya ;)
Setiap hari ahad saya akan mengutip pucuk-pucuk serta daun-daun muda bayam malabar, pegaga gajah, cekur dan ulam raja untuk dibawa ke pejabat untuk berkongsi makan secara berjemaah semasa makan tengah hari di pantry. Sejak akhir-akhir ini saya bersemangat membawanya ke pejabat kerana selalunya ulam-ulam ini akan dihabiskan oleh rakan-rakan. Syukur alhamdulillah.
Alhamdulillah..makin subur lg la tanaman tuh..selalu disedekahkan...bestnye ofis mate zam, dpt mkn ulam n sayur fresh2 dr ldg
ReplyDeletecantikkan malabar ni...second batch malabar baru jer bercambah..mudah pulak tumbuh compare to 1st batch..
ReplyDeletesaya suka warna batangnya yg unik
Deletetak pernah makan sayur ni.. bila duk kedah baru jumpa kat pasar.. ingatkan sayur apa
ReplyDeletesaya x pernah jumpa di pasar. setelah tanamsendiri.com peekenalkan baru tahu dan minat nak tanam
DeleteTempoh hari balik rumah ibu mentua, dia goreng sayur ni, sedap nak cuba tanam.
ReplyDeletecubalah tanam. meriah kebun srikota nnt dengan pokok memnjat berbatang merah
Deleteada satu hari tu saya pergi ke pasar mlm dan terjumpa bayam malabar ni. Ingat nk tanya....tgk dari jauh ada india /bangla tu tanya berapa. Pekedai tu jawab RM7,saya pun tak pasti samaada sekilo 7 ringgit atau setengah kilo RM7.
ReplyDeletesekilo or setengah kilo pon mahai kan!
DeleteRasa bahagiakan tengok orang lain makan hasil kita sendiri tanam. 2 minggu lepas, saya pergi ambil pokok-pokok avocado Sabah di rumah orang sebab dia tak nak pokok besar di halaman corner lotnya. Dekat rumah dia penuh dengan malabar merah tumbuh sendiri macam rumput.
ReplyDeletebila byk x termakan pulak. baiklah share dengan kawan2
DeleteSalam Zam,
ReplyDeleteseronok bila boleh berkongsi hasil tanaman kita dengan orang lain - saham akhirat juga tu!
menyemai di dunia, menuai di akhirat.
Delete