Episcia mempunyai daun yang diselaputi bulu halus berwarna perang. Sekali pandang, teksturnya adalah seperti baldu. Corak daunnya sangat unik. Bertambah unik apabila urat daunnya yang tengah berwarna seakan warna perak. Episcia mengeluarkan bunga seperti serombong berwarna merah terang yang menarik. Terus saja saya beritahu bapa untuk ambil pokok ini. Pokok ini tumbuh merata-rata di Petak Hijau Muhibbah di rumah bapa mertua. Pokok hiasan ini adalah sejenis pokok merayap yang mengeluarkan sulur yang boleh dipotong untuk tujuan pembiakan. Pokok ini sesuai ditanam di kawasan yang terlindung daripada panas matahari terik. Jadi saya tanam di kawasan backyard belakang rumah yang agak terlinding daripada panas matahari terik. Saya suka Episcia kerana ia hanya memerlukan penjagaan yang minimum. Jadi dapatlah saya bertumpu kepada tanaman makanan yang lebih utama :)
Saya tanam pokok ini di dalam pasu Baba gantung self watering. Pasu ini sesuai untuk kaedah vertical gardening sebab air siraman lebihan tidak akan tumpah jatuh ke pasu di bawahnya. Cuma yang perlu dirisaukan adalah ia menjadi tempat pembiakan nyamuk kerana air lebihan akan di takung dalam tempat takungan. Pasu ini dibeli di MY DIY Seksyen 19 Shah Alam dengan harga RM6.90.
Bunga dan daun sama-sama cantik.
Backyard ini adalah sebahagian daripada dapur kami cuma ia dipisahkan dengan sliding door yang besar sehingga ke siling. Ia adalah backyard yang tertutup dan di atapi dengan bilah-bilah besi yang disusun berjarak setengah kaki untuk tujuan keselamatan. Jika belok kanan, ia adalah tempat saya menyidai pakaian. Glass box digunakan di sebelah kiri untuk pencahayaan yang baik di backyard ini. Konsep backyard sisi tertutup dan terbuka di atas ini adalah idea Mr Chef. Katanya sambil memasak bolehlah menikmati pemandangan tanam-tanaman. Semenjak berkebun, backyard comel ini menjadi tempat saya menyemai. Backyard ini juga adalah tempat kids makan aiskrim. Kurang sikit kerja-kerja membersih oleh mamanya :)
saya pun suka backyard yg camtuh...nice..:)
ReplyDeletetak perlu menutup aurat di kala menyidai kain atau menyemai biji benih
Deletedulu mak akak byk tanam pokok spesis mcm tu... zaman2 baru masuk felda... kat verandah penuh dgn pasu gantung yang diletak dlm anyaman tali dianyam sendiri... skrg ni rasanya mak akak pun dah lupa mcmana nak anyam tali tu.. hehe..
ReplyDeletep/s: akak ada hantar email pasal pertanyaan pulut kuning tu... tak sure zam dah terima atau belum..
saya dpt emel tu. tgh tunggu occasion nak order. anything saya emel akak eh
Deleteooo...episcia, mak sy pun ada tanam kt rumah, letak dlm pasu gantung gak
ReplyDeleteni pokok orang dulu2 agaknya
DeleteCreative zam..mesti mr chef lg bersemangat memasak..dgn pemandangan yg tenang...sy berkenan dgn batu2 tu...tengah fikirkan area untuk bunga2 ni
ReplyDeletesuka berjemaah dgn mr chef sblm buat keputusan :)
DeleteSalam Petak Hijau,
ReplyDeleteBagus idea tu, semacam indoor garden pulak, boleh sama-sama menerima manfaat antara kita dan pokok! Mak Aji pernah tanam pokok gantung tu semasa zaman anak dara dulu (dolu2 kala).
indoor garden lah kot ni
DeleteCantik pokok bunga tu. Tambah lagi apabila ia digantungkan.
ReplyDeletesegala dariNya mmg cantik! ma sya Allah
Deletecantik la nmpk mcm indoor garden..
ReplyDeletedalam dapur ada taman :)
DeletePenyeri :). Dulu balik blur blur apa BABA hehehe....
ReplyDeletetmn penyeri dapur
DeleteRindu sama awin.....tk ckp Ada blog baru....
ReplyDeleteseganla wani :) selamat datang.
Deletewin..dulu rasa tgk cam sempit jer ruang belakang tu..leh ambik angle2x dia tak..mcm nak buat gaks kat umah i....
ReplyDeletemmg x besar mana pun wani. tapi bolehlah tanam pokok sikit2. nnt email kat wani gambarnya.
Delete