Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pokok timun ini benihnya saya beli daripada tanamsendiri.com. Tidak pasti pula dari jenis apa. Saya semai 4 biji benih dalam pasu gantung di backyard. Hanya satu yang berjaya hidup hingga ke hari ini. Alhamdulillah, ia mula menjalar ke atas. Setakat ini, pokok timun ini selamat daripada serangan perosak. Ini bukanlah kali pertama saya tanam timun. Sudah beberapa kali saya cuba tapi tidak menjadi akibat serangan kekabuh timun. Saya harap kali ini dapatlah saya tuai hasil timun tanam sendiri. Baja yang saya gunakan untuk timun ini adalah baja tahi kambing.
semoga berjaya jadi buah... K Mar dah stop tanam timun... benih ada lagi.. tengok macam ni rasa nak semai balik..
ReplyDeleteitula kak mar. sampai habis biji benih saya dah semai....belum menjadi lagi
Deletecantik pulak tanam dalam pasu gantung...erm timun..awal2 best bercambah...bila dah besar..mula la kekabuh buka mata...menci menci!
ReplyDeletedah nampak kesusahan nak menuai. tapi ku tanam jua.
Deletesalam zam... boleh tiru ni...
ReplyDeletesilalah tiru.
Deleteowh.. dlm pasu gantung pun ada..
ReplyDeletekita cuba saja :)
DeleteSalam Awin,
ReplyDeleteKali pertama tengok timun kat pasu gantung ni!
mak aji....saya pun cuba2 jugak ni. tiang2 di atas tu boleh jadi trellis. harap2 kekabuh tidaklah datang ke backyard ini.
DeleteLynn pun stop sekejap tanam timun..kekabuh byk sgt..
ReplyDeletebila kwn2 menuai timun semangat pun kembali wpun kekabuh asyik kunjung tiba.
Deletekekabuh ni sadis sangat. Tapi nak juga timun tanam sendiri. Moga ketinggian tu kekabu tak dapat terbang.
ReplyDeleteidea yg kreatif,boleh menjimatkan ruang disamping jadi hiasan yg cantik...
ReplyDeletesalam kenal..akak follow awin..