Pokok kedondong ini saya beli dengan FB Kasih Herbs Nursery awal tahun ini. Alhamdulillah ia telah berbunga semasa ramadhan yang lepas dan sekarang saya dapat mengutip hasil yang pertama. MrChef sangat suka minum jus kedondong asam boi. Faktor inilah yang mendorong saya untuk menanamnya. Saya juga suka makan buah ini sebagai kudapan. Rasa kelat-kelat masam memang menyelarakan :) Sambil menulis entri ni pun sambil makan buahnya :)
Pokok kedondong ini ditanam di dalam polibeg yang besar. 2-3 minggu sekali saya letak kompos sebagai baja. Ada jiran yang menanamnya tapi untuk menuai pucuknya untuk dibuat ulam. Katanya sedap sangat. Masih belum cuba sebab saya lebih suka nak makan buah daripada pucuknya. Suatu hari nanti mungkin :)
Freshly harvest this morning |
Sehingga berjumpa lagi :)
Awin
Kak Awin, lamanya saya tak baca coretan akak.
ReplyDeleteFi hifzillah, akak
:)
DeleteWah congrats Awin, pokok kakak belum lagi terlihat hasilnya. kak tanam dalam pasu ja..tak teringat pula pucuknya boleh dibuat ulam..
ReplyDeletebuahnya besar sikit dari ibu jari kak. Saya tuai saja. tak pasti dah sesuai ke belum. Tapi sedaplaa makan takde serabut di tengahnya tu.
DeleteBagusnya kak awin... Seperti nama sy - exactly n seriously..
ReplyDeletedengar pucuknya boleh makan. Belum testing lagi.
ReplyDelete