Ia bercambah tanpa disemai. Kemungkinan besar ia tumbuh dari sisa kompos yang saya letak di dalam pasu ini. Alhamdulillah. Banyak juga menuai beberapa biji dan sekarang sedang galak berbunga lagi. Kapsikum segar memang manis dan sedap dimasukkan ke dalam salad. Anak-anak pun tak takut nak makan sebab tak pedas. Buahnya comel-comel, padanlah dengan pokoknya. Pernah diserang dengan aphid. Saya buang sendiri aphid dengan tangan beberapa kali kemudian sudah tiada serangan aphid. Kedudukannya yang mendapat cahaya matahari pagi yang banyak menjadikan pokok ini segar -bugar. Ia hanya diberi baja kompos sahaja.
Awin
Kak sekarang pun dalam mood menanam sayur..rasa2nya nak try tanam cili ni pula..
ReplyDeleteSaya maintain apa yg ada sekarang kak. target akhir bulan 9 nak tanam. Cahaya matahari pagi masih kurang lagi
DeleteBest..tp saya pnya capsicum kecik2 ja..
ReplyDeleteMcm mana nk bg besar ya