Saturday, February 16, 2013

Cili kulai king mula berbuah


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Cili kulai king ini benihnya saya beli dari tanamsendiri.com. Saya tabur dalam bekas semaian dan apabila besar mencecah dalam 5 cm saya alih pula ke dalam kotak tetrapak kitar semula. Sebelum masukkan tanah ke tetrapak saya letak baja tahi ayam dulu dan kemudian baru tanah dan kemudian barulah anak pokok cili kulai king. Cili kulai king ini saya tanam satu batch dengan red capsicum. Mereka memang membesar bersama-sama. Lebih kurang sebulan lebih juga anak-anak pokok cili kulai king ini berada dalam tetrapak sehinggakan akarnya terkeluar dari kotak kerana pada waktu itu setiap hujung minggu memang saya sibuk melawat anak-anak yg dihantar ke kampung :) (Disember 2012). 

Setelah dialih ke rumah tetapnya (polibeg) dan dibaja dengan air ikan 2 minggu sekali, cili kulai telah membesar bagai johan. Tapi tidak lah kurus dan tidaklah gemuk juga. Sedang-sedang saja. Cuma pertumbuhannya cepat. Sekarang pokoknya semakin meninggi. Setakat ini belum ada cili yg menjadi merah. Semuanya hijau-hijau belaka tapi saya petik juga untuk digunakan dalam masakan. Saya mempunyai 4 pokok cili kulai king dan 3 sudah berbunga dan berbuah. Ini bukanlah kali pertama tanam cili. Sebelum ni banyak kali juga cuba tapi tak menjadi. Alhamdulillah kali ni menjadi setelah merujuk cara-cara menanam cili daripada tanamsendiri.com.



4 comments:

  1. bestnya, sy pun kena tanam pokok cili besar gak la, pokok yg lama dah tk produktif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah tanam :) saya tidaklah suka pedas2 sgt. Kulai king and capsicum blh tahan lagi. Tapi bercita2 nak tanam cili padi. Sepokok pon jadilah.

      Delete
  2. hmmm...best jgk ade cili besar kan umah kan..leh taruk dlm sayur..

    ReplyDelete