Friday, February 8, 2013

Red Capsicum yang masih hijau

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pada mulanya memang saya tak perasan langsung akan loceng2 ini sebab daun-daunnya yg agak lebar menutupinya. Hujung minggu lepas selak2 daun ternampaklah sekelompok loceng2 yg hijau ini. Alhamdulillah. Agak teruja melihatnya sebab ini adalah kali pertama saya menanam capsicum. Benihnya saya ambil dari buah yg dibeli di Checkers. Ia adalah sejenis capsicum merah. Selama ni saya hanya suapkan dengan air kisar perut dan kepala ikan setiap 2 minggu. Selepas ni menunggu untuk bertukar warna kepada merah. Bilakah agaknya tu. Anda bakal menjadi bahan dalam sayur gril Mr Chef wahai red capsicum semua :)


13 comments:

  1. Salam,

    Tahniah,kagumnye awak dapat tanam capsicum. Selaim dari air ikan dan perut ikan. Dari segi penjegahan tu buat macam mana? Tanam dalam container jugak ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya letak air kisar kepala dan perut ikan saja. Tanam dalam container plastik hitam tu saja. Dari segi pencegahan saya letak dekat dengan pokok thai basil.

      Delete
    2. Jgnlah kagum. Saya cuba2 saja. Syukur menjadi. Tapi ada jugak pokok capsicum yg mati. Yg perasan pokok ni mmg sukakan matahari

      Delete
  2. Lynn dah try letak air basuhan ikan/seafood ni, tapi byk lalat dan semut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu saya letak malam2. Tak perasan lalat. Semut pon lagilah x perasan. Tapi kucing lah salu meninjau dok korek tanah sbb bau ikan. Tapi esoknya mmg tak nampak lalat dan semut dalam containers.

      Delete
  3. Happy sgt tengok capsicum tu. byk plak tu satu pohon..nak kena rajin kan diri ni letak perut ikan. nanti show lgi time dia color merah ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak sangka byk buahnya. Mmg x perasan sbb kalernye hijau mcm daun. terima kasih atas doa awak (kata2 merupakan satu doa) in shaa Allah...bila dah merah saya tunjuk lagi. Saspen jugak ni. Harapnya menjadi merah. Saya pun kadang2 lupa letak air ikan ni. Tapi sejak letak reminder dalam phone ni selama 2-3 bln in advance...mmg tak lupa dah.

      Delete
  4. Bestnya dah menjadi..kapsikum K Mar tengah berjuang untuk membesar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun saspen jugak kak mar. Hijau lagi. Tak besar mana pun. Ada beberapa pokok tapi yg ni menjadi. Alhamdulillah. Pokoknya tak besar mana pun

      Delete
  5. aduh..semangat membara lak bila tengok capsicum org menjadi. Benih ada byk lg tapi mcm x confident sbb dulu dah tanam, x brapa menjadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lynn...jom cuba lagi. Ini adalah secebis hasil yg menggembirakan. Kebanyakannya ada yg x menjadi. Tp nak juga cuba sampai ada hasil.

      Delete
    2. assalam..

      nak tumpang tanya, tanam sayur2an ni guna medium apa ye? saya ni minat nak menanam tapi tak dpt medium yang betul2 untuk sayuran, cedih btol, n teruja tengok kebun orang menjadi.

      Delete
    3. Saya guna tanah yg dicampur dengan sabut dijual di kedai MYDIY seksyen 19 shah alam. Saya guna air kisar kepala dan perut ikan. Letak 2 minggu sekali

      Delete