Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Kids panggil tempat ni compost pile disebabkan terpengaruh dengan kartun kegemaran mereka Max and Ruby. Sebenarnya compost pile ni belum sepenuhnya siap kerana masih kekurangan engsel dan pemegang. Mr Carpenter baru lepas sibuk menyiapkan pagar sementara untuk elak kucing membuang air besar dan kecil di dalam pasu2 dan containers. Tak lama lagi compost pile ini akan bertukar menjadi raise bed. Perancangannya nak tanam jagung dan kacang panjang dalam ni. Setakat ni kompos belum digunakan. Mungkin di bawahnya sudah masak. Tapi tak keluar2 pun dekat lubang bawah penutup putih bhgian depan tu. Kononnya nak guna concept first in first out tapi rupa first out pun tak nampak bayang. Walaupun begitu saya tetap juga memasukkan bahan2 terbuang untuk kompos. Tidak semua bahan organik sesuai dijadikan kompos. Saya hanya masukkan sisa sayuran dan rumput rumpai laman rumah. Kadang2 kalau rajin pagi2 tolong juga pekerja bandaran sapu daun2 kering depan rumah lepas tu masukkan dalam tong kompos ni. Compost pile ini adalah inspirasi daripada sebuah laman web luar negara. Tak ingat dah URL nya. Ada beberapa rekabentuk compost pile dicadangkan kepada Mr Carpenter. Dia setuju buat yg ini. Mungkin tak rumit sangat agaknya. Kos membuatnya hanya batu bata. Kayu- kayan pula ambil free dari tempat longgokan sampah di belakang Tesco Extra Seksyen 13. Macam scavenges la pula. Janji free :) Baru2 ini Mr Carpenter(yg juga Mr Chef) telah menghadiahkan sebuah compost bag yg agak praktikal untuk rumah kami yg tidak bertanah banyak ini. Terima kasih daun keladi \^_^/ Jadi bolehlah guna bahagian tanah sebelah kiri untuk bercucuk tanam.
Ni sudah bagus..ada Mr Chef/Mr Carpenter tolong...
ReplyDeleteAlhamdulillah
Deletecantiknya tong kompos nie..syg nak buang kedlmnya lak rs....
ReplyDeleteKalau tong kompos dok belakang rumah mungkin tidak secantik ini :)
DeleteMenarik!!. kami selesa longgok segala benda yang boleh reput disatu penjuru taman. kemudian pungut sikit2 bila nak guna.
ReplyDeleteBangchik and kak Dah, mula2 mmg longgok juga. Tapi bila jiran mula bertanya jadi x sedap pula. Buatlah tong kompos ni. Tanah pun tak banyak. Rumah teres yg comel, tanah kiri kanan pun comel juga. Alhamdulillah, lps ni ada compost bag (more proper place) masuk saja semua bahan kompos dalam tu. Mesti jiran tak bertanya sudah :)
DeleteSalam Zamzurina,
ReplyDeleteMak Aji memang minat nak buat compost pile ni tp Pak Aji x rajin nak menggali lubang. Yang dibuat takat ni cuma tempat longgok rumput laman, dibakarnya. Lama2 buat baja pokok. Sayang rasanya sisa makanan yg degradable dibuang begitu saja. Nampak mcm mudah sikit mcm ni x payah gali, cuma longgok batu bata d tutup dgn papan aje ya??
Ye betul tu mak aji. Guna batu bata saja...... Tapi Saya mmg lebih suka gali tanah. Senang.sbb anak2 masih kecil n kawasan depan rumah jadi mcm ni lah. Tapi suami dah belikan compost bag jadi tempat ni akan jd raise bed tanam jagung
Deleteassalam....comelnya tempat compos tu..hehehe...aiza pun mmg suka bab2 compos ni..kita kan..everyday asyik mbuang je mknan dan sisa sisa dapur dulu..tapi..bila pernah klik2 baja compoc dr laman web n youtube...org putih dah lama buat teknik ni..jadi aiza pun guna cara paling mudah...tong sampah yg hitam besar tu..buat jd tempat compos ni tau...pernah suami terbuka..waowww..byknya mama menternak cacing...euuuuuwww..hahaha..ala bang..aiza buat baja la..xde terbuang mcm tu saja bhn buangan..kat berfaedah tu utk tanaman aiza kat umah ni...hehehe..skrg aiza tgah nak buat satu tempat compos baru dari batu bata juga.nak buat simen sekali..lain kali senang kan..nak korek aje dlmnya..jom singgah blog aiza www.zuhaiza.blogspot.com
ReplyDelete