Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saat yg ditunggu sudah tiba apabila terlihat warna orange kemerahan 2 biji semasa sedang melihat2 tanaman depan rumah. Rasanya perlu tunggu lagi tapi disebabkan tak sabar nak rasa, saya pun tuailah jugak :) Rasa sebak pula semasa menuai tomato yg pertama dan kedua ini. Sebab pertama kali tuai tomato tanam sendiri. Satu buahnya merekah. Mungkin sebab terlalu banyak air. Alhamdulillah. Dah selamat digunakan dalam ikan sardin masak kicap. Makan sehingga licin. Terima kasih kepada kawan2 kebun yg tidak jemu kongsi ilmu tanam sayur sendiri. Semoga ilmu2 yg dikongsi membolehkan anda mendapat pahala yg sentiasa mengalir selagi ilmu itu digunakan. Jazakallahu khairan.
Alhamdlillah wpun merekah tanam senditi..rezkiii
ReplyDeleteTabik spring kat otai sorang ni. X jemu berkongsi ilmu
DeleteAlhamdulillah,
ReplyDeleteTahniah rina atas kejayaan. Perkogsiaan begini boleh membakar semangat pada gardener2 baru yang nak belajar garden. :)
Saya pun baru belajar. Banyak ilmu dapat dari pengalaman kawan2. Alhamdulillah.
DeleteTahniah, lebat daunnya, moga lebat juga buahnya
ReplyDeleteEh, lupa lak nak bagitau, dah pos pagi tadi, kalau dah terima bgtau yer
DeleteTq smrose. Jasamu ku kenang dengab hasilnya nnt :)
DeleteTahniah Zam; pokok tomato Zam terdedah kepada hujan atau terletak di bawah bumbung...saya punya teruk kena hujan lebat di KB dah dua hari.
ReplyDeleteDr H...saya tanam di kawasan terbuka. Mmg kene hujan sokmo kalo hujan.
Deletebest! best! lepas ni smpai taktermakan, ambil sebiji sapu kat muka buat facial, gerenti kulit licin gebu!
ReplyDeleteTomato lynn tanam byk nemberi inspirasi. Menarik jugak buat facial tu.
DeleteCongrats. Kami pun makan sardin hari ni tapi tomato tak de hehehe.... Tomato pokok banyak patah je ditimpa hujan kat sini.
ReplyDeleteIkan sardin kesukaan keluarga. Isi byk. Sedap kalau goreng. Dan murah sikit dari ikan kembung :)
DeleteNampak tomato tu masak dengan sempurna.Saya tak ada tanam tomato besar, saya tanam tomato Cherry, boleh cuba tanam ni.
ReplyDeleteTomato tu ada lg ijau2 sikit. Sbb geram saya petik juga :) saya pun nk cuba tanam tomato ceri
Deletebesar pokok nyer...banyak pulak tu buah...ini tomato baka apa yer?
ReplyDeleteNadia. Benih dari en is...baka f1 303
Delete