Friday, February 1, 2013

Projek Bunga Matahari anak-anak

Assalamualaikum,
Pertama kali saya dan anak2 tanam bunga matahari batangnya kecil sahaja. Apabila berbunga, bunganya tunduk ke bumi sebab batangnya tak boleh menampung kuntum bunganya, ibarat orang kurus berkepala besar. Disebabkan ketidakseimbangan itu akhirnya pokoknya rebah ke bumi. Anak-anak yg teruja pada mulanya melihat bunga matahari, akhirnya kecewa kerana sekejap saja dapat tengok bunga matahari.

Tips dari tanamsendiri.com mmg sangat membantu. Daripada tips yg diberi, saya pertingkatkan kaedah semaian, lokasi dan pembajaan. Saya semai banyakkk biji2 benih belian dari Kebun Bahagia Bersama dan pemberian Lynnhelite  di lokasi yg bertanah pasir. 90 peratus bercambah, tapi yg benar2 membesar bagai johan ada 4 pokok saja. Yang lain2 kemetot sebab tak dapat cahaya matahari agaknya. Saya pun dah tak ingat baka jenis bunga matahari apa yg disemai.

Alhamdulillah. Hasil kali ini menggembirakan anak-anak. Pokok tinggi daripada saya, tinggi dari pagar rumah. Walaupun kelopak bunganya tidaklah memberangsangkan sangat tapi bunga2nya dapat menceriakan Petak Hijau. Anak2 pun gembira kerana sebelum ke sekolah mereka akan periksa bunga matahari mereka dahulu. Suatu pagi mereka sedih kerana ada pokok yg patah dek kerana angkara kucing. Tapi sebab kucing yg buat anak-anak diam saja. Tidak pula mereka mengomel bising. Kucing lebih utama daripada bunga matahari nampak gayanya. Untuk semaian bunga matahari yg seterusnya saya bercadang untuk semai di dalam bekas dan diletakkan di luar pagar rumah untuk melihat keberhasilannya pula. Saya akan bentangkan dulu kepada anak-anak sebelum memulakan 'Projek bunga matahari luar pagar' ini untuk melihat keterujaan mereka! \^_^/



Kids tengah bantu mamanya keringkan sunflower untuk ambil biji benih. 



12 comments:

  1. Cantik kelihatannya...yg sy tanam jd besar2 cuma tak bernas selalunya..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Menjadi setelah kali keempat kak mar...learn from mistake :)

      Delete
  3. Sunflower ni memang nak kena banyak pancaran matahari baru membesar bagaikan juara. Spacing juga penting kalau nak dapat pokok besar. Cantik bunganya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Namanya pon sun flower :) betul tu..letak tempat shade sikit...kemetot je pokok...

      Delete
  4. huhu..ada assistant! best best...semaikan minat menanam dr kecil..

    ReplyDelete
  5. cantik bunganya. tinggi lak tu. bagus ada assistant, ajar bercucuk tanam dari kecil :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunganya belum perfect. Masih banyak kene belajar lg.

      Delete
  6. tinggi jugak paras pagar..suka jugak matahari sbb tahan lama...sy pun br nk kumpul benih...ntah bernas ke tk x tahu lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benih saya kurus2. Tak tahulah juga bernas atau tidak

      Delete