Thursday, February 7, 2013

Hasil tuaian yang memberi semangat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Setiap kali menuai hasil di laman rumah terasa sangat puas hati. Walaupun tidaklah sebanyak mana tapi mampu membakar semangat berkebun. Semangat makin membara untuk terus berkebun dan mencuba menanam tanaman lain pula. Saya kene variasikan lagi tanaman-tanaman di laman rumah sebab tak banyak variasinya pun. Daripada hasil tuaian minggu lepas Mr Chef buat daging salai masak lemak yg diletakkan daun kunyit dan Thai Basil. Memang sedap sehingga bertambah-tambah makannya. Daun asin2 Mr Chef buat sayur air biasa yg menjadi kegemaran kids. Bendi pula dibawa ke minggu ini sebab tak kene pula letak dalam masak lemak. Ulam raja mmg sudah menjadi kemestian dalam hasil tuaian. Bunga ulam raja pula digunakan sebagai penghias meja makan. Beberapa kuntum biji benih ulam raja juga dituai. Benih ini akan disimpan untuk semaian masa hadapan. Benih ni mesti disimpan. Nostalgia Nurseri Anak Yatim BaitulHidayah.

Apabila saya tuai rosselle saja mesti kids akan gembira. Smallkid suka nak tolong masak atas dapur tengok warna merah yg menarik tu. Bigkid pula tak sabar nak minum hasilnya. Nak cepat sejuk dia akan letak dalam freezer. Seperti biasa, rosselle mmg laris. Seharian buka tutup fridge nak minum air. Kalau jual kepada kids mmglah untung mama ni :) Pernah dulu main jual2 aiskrim dengan kids. Kecoh mereka korek tabung sebab nak beli aiskrim mama jual. Kelakar pun ada. Kalau motor aiskrim lalu depan rumah mmg mereka tak layan sebab mereka tahu mama mereka pun jual aiskrim :) hehe... Di antara penjual aiskrim bermotor dan mama...mestilah mama mereka yg penting. Seorang mama berada di tempat 3,4 dan 5 selepas Allah dan Rasul. Itulah yg selalu diingatkan kepada anak-anak teruna saya.


8 comments:

  1. meriah hasil tanaman..lynn punya tanam balik, semuanya masih baby..sepatutnya iku pesan Diana, tanam berperingkat jadi bekalan x putus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semeriah mana pun lynn tapi syukur setiap kali hujung minggu ada rezeki utk keluarga kami yg kecil ni.

      Delete
  2. semalam pun sy tuai roselle dapat la 3 biji...nak buat air sirap roselle!..betul tanam berperingkat tapi kadang x boleh sbb mesti ada kena tinggalkan umah beberapa hari

    ReplyDelete
  3. Seronok kids kan ngan homemade aiskrim..kite dl beli kat umah orng. Roselle tuh kan kalau nak buat katakan 2 gelas perlu berapa biji br cukup yer?

    ReplyDelete