Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan yang dikasihi Allah,
Tahun Islam memberikan signifikan kepada saya kerana dua digit terakhir bersamaan dengan umur saya :)! I am getting older! Alhamdulilah, setelah lama tidak menuai hasil di kebun, tuaian pembuka 1435H menggembirakan hati Mr Chef. Hasil tuaian kali ini macam-macam Mr Chef masak. Terima kasih Mr Chef yang budiman.
Antara hasil tuaian adalah,
+ Kobis
+ Tampaka
+ Ulam Raja
+ Bayam Malabar Merah
+ Roselle
+ Bunga Misai Kucing
+ Kacang panjang merah
+ Biji benih balsam
Kesemuanya kecuali bunga misai kucing dan biji benih balsam Mr Chef gunakan dalam masakannya. Kobis tak sempat nak membentuk bebola sudah kami tuai. Lama sangat nak tunggu, setiap hari kobis macam memanggil-manggil suruh dituai :)
Tinggal beberapa tompok saja lagi kobis. Wahai kobis, mohonlah jadi bebola!
Tampaka ini dibeli dari kebunbahagiabersama.blogspot.com. Menurut Diana ia digunakan sebagai ubat tradisional untuk membantu menambahkan darah atau mencuci/membersihkan darah dalam badan. Saya tuai juga sebab nak cuba letak dalam masakan walaupun Diana kata setahun baru boleh nampak bebawangnya.
[kiri] Kobis dan kacang panjang dimasak budu. [kanan] Sup sayur tomato, tampaka dan bayam malabar merah. Kids suka! ^_^
Ini satu-satunya lauk kami pada 1 Muharram yang lepas, Ikan bakar. Ikan jenahak segar ini kami beli pasar malam Alor Setar Zulhijjah yang lepas dengan harga yang jauh lebih murah daripada Shah Alam sini. Tentulah! Lauk ikan bakar, di makan bersama 3 jenis hidangan sayur (termasuk ulam raja) dan makan cicah dengan budu! Terima kasih banyak-banyak kepada Mr Chef kerana menggembirakan kami dengan makanan yang sedap!
Kids pula sanggup simpan sikit bahagian mereka untuk diberikan kepada Wolf. Kucing kongsi dengan jiran. Wolf tak pandang sudah makanan kucing apabila melihat ikan bakar segar di depan mata. Mr Chef pula memang rajin melayan mereka jika ia berkaitan kucing. Keluarga mertua saya memang sangat sukakan kucing. Like grandfather, like grandson. Jika menelefon Tok Wan bertanya khabar, setelah bertanya tentang kesihatan Tok Wan, soalan kedua mesti tanya pasal Comel. Kucing kesayangan Tok Wan. Inilah cucu Hussain bin Hassan yang sungguh obses dengan kucing.