Mr Chef telah menginspirasikan kepada saya sebuah kotak herba ciptaannya. Sebagai Chef of the house, yang suka masak makanan barat, kotak herba ini memang sangat berguna diambil hasilnya untuk masakannya :) Kids dan saya memang dah jadi peminat setia masakan barat Mr Chef. Hujung minggu lepas apabila kami ke Jaya Grocer untuk membeli beberapa barang organik untuk projek baru saya, Mr Chef sempat meninjau dan membeli herba-herba kegemarannya. Katanya nak cuba tanam :) Nanti apabila kotak herba kedua dah meriah saya kongsikan ceritanya pula.
Kata Mr Chef, pokok herba tidak perlulah ditanam banyak kerana penggunaannya hanya sedikit. Lagipun ruang kebun kami tidaklah besar nak menampung segala jenis tumbuhan. Jadi kotak herba yang comel ini memang praktikal dan sesuai untuk Petak Hijau.
Gambar bertarikh 24/3/2014 - Sweet large italian basil dan thai basil. |
Gambar bertarikh 5/4/2014 - Sudah merimbun. Ada tambahan pokok pudina di kanan bawah. Ditanam daripada keratan batang yang dibeli di pasar. |
wow!!! terinspirasi sungguh! good job!
ReplyDeletekalau mcm ni nak buat juga lah...sy suka italian basil tu berkilat2 daun
ReplyDeleteMemang sesuai di praktik untuk rumah yang laman sempit macam saya..
ReplyDeletelepas ni ble buat ulam..sedap..
ReplyDeletewauu!!!! sihat subur dan berkilat2 daunnya macam rangup jerr...
ReplyDeleteAlways looking forward tengok Mr. Chef punya cooking di Petak Hijau.
ReplyDeletecantikknya daun italian large leaves basil tu..berkilat. atie punya batangnya dah tua dan daunnya jadi makin kecik hihihi.. tak jaga sama..
ReplyDelete