Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang dikasihi Allah,
Saya mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman pada cuti sekolah yang lepas. Destinasi pertama kami pada hari Khamis itu adalah Alor Star, rumah mertua saya. Sempat saya mengambil pokok pandan dan akar seruntun untuk ditanam di Petak Hijau. Esoknya, kami pulang pula ke Sungai Petani, rumah mak saya. Singkat sahaja masa cucu-cucu nak bermanja dengan Tok Wan kesayangan.
Masa kami terhad. Kami perlu pulang kembali ke Shah Alam pada hari Sabtu. Jika berada di Sungai Petani, lazimnya, saya gemar meronda ke serata pelusuk tempat yang bertanah, sambil dalam fikiran merangka-rangka tentang tanaman yang bakal ditanam. Di Sungai Petani (rumah mak saya), terdapat sepohon pokok inai yang sudah tinggi separas bumbung. Selalunya saya tidak peduli sangat tetapi pada hari itu, saya teruja melihat 6-7 biji petola sarang yang sudah tua di atas pokok inai. Tanpa berlengah lagi saya mengait buah-buah tua yang berada di puncak pokok inai tersebut.
Hati melonjak gembira apabila petola sarang yang telah tua itu telah memberikan banyak biji benih dan span pembasuh pinggan saya yang baru! Alhamdulillah, tidak perlu lagi membeli Scotch 'N' Brite. Jimat selama setahun!
Gembira rasa di hati melihat petola sarang tua ini blink blink macam melihat emas! |
Setelah dibersihkan, cantik berseri span pembasuh pinggan yang baru ini. |
Wah bestnyer span natural tuh..nanti kalau ade petola nak cuba wat jugaklah..:)
ReplyDeletebuatlah UAA. saya pun baca blog Diana tahun lepas tentang span petola ni.
Deletespan dari petola, tentu belum ada dipasaran lagi ni ....
ReplyDeletedi Body Shop ada Luffah sponge rasanya.....mahal!
DeleteAwin, sarang petola tu boleh buat gosok badan juga. Kalau kreatif pasang tangkai boleh gosok sampai belakang badan...
ReplyDeletebrilliant idea kak.
DeleteOooo gini rupanya jadi span...boleh scrub badan sekali...pelam tu berkenan betul!
ReplyDeleteMeriahnya kuinin tu. Musim kemarau punya hikmah pokok kuinin jadi teruja nak berbuah di sini juga.
ReplyDeleteTapikan tengah garu-garu kepala, macam mana nak ambil buahnya dah kalau standard tinggi pokoknya macam nak ambil petai dekat belakang.
Teringat zaman duduk diKuarters MIL di Cochrane... tiap2 hari mbak (maid) kami tuai buah kuinin.. teringin nak semai kuinin pula ni ...
ReplyDeletebagus idea ni, 1st time dengar..boleh cuba, organic span :)
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteBoleh saya beli benih petola sarang?