Friday, April 18, 2014

Semaian suku kedua tahun 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan pengunjung yang dikasihi Allah,

Suku pertama tahun 2014 telah meninggalkan kita. Kini masuk suku kedua tahun 2014. Masa bergerak begitu pantas. Mengingatkan diri sendiri dengan Surah Al Asr yang jika dihayati begitu mendalam sekali maksudnya.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Berikut adalah semaian untuk suku kedua tahun 2014. Bismillah. Hujan yang hampir setiap hari turun membasahi bumi memberi harapan untuk tanaman-tanaman di Petak Hijau. Hampir kesemua biji benih yang disemai dibeli daripada kebunbahagiabersama.blogspot.com. Terima kasih Diana kerana sentiasa memberikan hadiah setiap kali saya membuat pesanan pokok dan biji benih. Diana juga tidak lokek ilmu. Selalu juga mengadu dengan Diana itu ini pasal tanaman dan cambahan yang tidak menjadi. Diana yang sabar tak jemu membalas soalan-soalan yang tidak mencabar itu :) Saya harap Kebun Bahagia Bersama akan terus maju memberikan peluang untuk pekebun amatur seperti saya untuk memperolehi biji-biji benih heirloom yang semakin susah didapati. Jazakallahu khairan.
Semaian dalam kulit telur. Sangat menghargai pertolongan Mr Chef yang sudi memenuhi macam-macam permintaan isterinya ini untuk pecahkan telur ayam elok-elok (semasa memasak) supaya boleh dikitar semula jadi tempat semaian. Tanaman yang disemai adalah pattypan squash scallop yellow, zuchinni golden arch crookneck dan lemon cucumber. Semua biji benih dari kebunbahagiabersama.blogspot.com



red capsicum dari pasa, pot marigold, red okra, tomato tiny tim, sweet red cherry tomato, tomato broad ripple yellow currant, baby blue jade corn dan indian corn wampun. Semua biji benih kecuali capsicum dibeli dari  dari kebunbahagiabersama.blogspot.com

Biji-biji benih terpilih. Cantik pula bekas pin orange raya cina yang diambil dari pejabat awal tahun ini.


Selingan Jumaat :



5 comments:

  1. Banyaknya semaian Awin .. akak pun baru semai zucchini tu

    ReplyDelete
  2. Assalam Awin,

    Salam jumaat,banyak semaian baru awin. happy garden dan jgn lupa updated perkembangan. :)

    ReplyDelete
  3. Cantiklah bekas pink tu.
    Banyak projek semaian tu pelbagai jenis.
    KBB kurang sikit terima tempias hujan berbanding dengan Shah Alam.

    ReplyDelete
  4. Musim yang sesuai untuk menanam betul tak?

    ReplyDelete
  5. Persedian untuk tuaian Ramadhan ke ni..hebat2 cntik bekas semaian..

    ReplyDelete