Thursday, August 20, 2015

Hatiku berbunga bauhinia kockiana

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan pengunjung,

Alhamdulillah, pokok bauhinia kockiana dari Kebun Bahagia Bersama telah berputik. Sudah lama saya menunggu bunganya yang sangat cantik.

Isnin yang lepas sambil menyapu-nyapu laman rumah, tergerak hati nak mendongak ke atas. Lama juga merenung melihat objek-objek hijau seakan-akan snowflakes bergayutan di celah-celah daun. Dengan mata yang rabun, diamati lagi. Apabila sudah terasa yakin itu putik bunganya terasa ingin melompat-lompat di situ juga :) Teruja sangat!




Green Snowflakes :)

3 comments:

  1. Dah kembang nanti....mesti cantik....warna apa ya..?

    ReplyDelete
  2. Assalam Awin.. Garderner pasti happy!! Tumpang seronok juga..

    ReplyDelete
  3. Once dah mula berbunga, InsyaAllah tak putus-putus berbunga Awin.
    Jangan bagi baca kaya nitrogen sudah, nanti lebat daun je.

    ReplyDelete