Thursday, August 27, 2015

Misi menambah skil : Ketupat telur naga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca sekalian,


Pada Syawal yang lepas, saya telah belajar menganyam ketupat menggunakan daun kelapa daripada seorang jiran yang serba boleh iaitu Kak Rose. Alhamdulillah di kejiranan saya ini ramai yang stay-at-home-mother, jadi memang banyak yang saya boleh belajar daripada mereka. Perlu PM dan bertanya sahaja untuk belajar. Sepatutnya saya yang pergi ke rumah Kak Rose, tetapi Kak Rose tersangatlah baik sanggup datang ke rumah dan ajar one-to-one disebabkan takut daun yang dibeli kecut jika ia lambat dianyam. Kak Rose telah mengajar saya 3 cara menganyam ketupat. Terdapat lagi 2 jenis ketupat yang belum diajar. InshaAllah, suatu hari akan pergi menuntut jua dengan Kak Rose. 

Skil menganyam ketupat jika tidak dipelajari akan luput dek zaman. Jadi saya agak termotivasi untuk belajar daripada yang pakar. Seronok sungguh jika dah tahu menganyam. Betul kata Kak Rose, jika dah buat satu macam ketagih nak buat lagi dan lagi :) Anak-anak pun berminat. Saya akan perturunkan jua skil ini kepada anak-anak meski mereka kedua-duanya lelaki. Untuk langkah demi langkah boleh cari video di YouTube :)

Jom belajar menganyam ketupat!

Jenis-jenis ketupat yang diajar oleh Kak Rose menggunakan daun kelapa

Ketupat telur naga yang telah berjaya saya buat :)


Sehingga berjumpa lagi,
Awin

5 comments:

  1. Assalam.Awin.. ketupat telur naga macam rare je :) akak boleh anyam ketupat sate, bawang dan satu lagi yg empat segi tebal tu..namanya pun dah lupa...anyaman ni berjaya jika kita sangat berminat melakukannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul rare kak mar...saya pun teruja nak belajar. alhamdulillah lulus. yang lain belum lulus lagi kak ;)

      Delete
  2. Saya kalau bab balut atau anyam ketupat ni memang benak sangat..nasiblah suami ni ada bakat seni..dialah yang buat semuanya. Dah 26 tahun pun...hehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandainya suami akak buat. Saya pun tak reti kak. tapi kali ni semangat nak belajar tu sangat tinggi. Lulus juga yg satu ni :)

      Delete
  3. Nanti boleh turunkan ilmu.
    Anyam dekat kbb pula daun banyakkan hehehe...

    ReplyDelete