Saturday, August 22, 2015

Resepi Leek dan telur goreng

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Resepi ini dari MrChef dan selalu dimasaknya sebab dia sangat suka masakan ini. Saya tak pasti dari mana dia dapat resepi. Tapi saya nak rekodkan di sini sebab saya asyik terlupa resepinya. Resepinya mudah tapi entah kenapa tak boleh nak ingat sangat. Saya budak baru belajar memasak :) Nanti tak perlulah WhatsApp MrChef. Jika tidak sedang bermesyuarat pun kena layan pertanyaan isteri :)

Saya belum berjaya menanam leek di Petak Hijau. Teringin suatu hari nanti nak masak resepi ini menggunakan leek daripada kebun sendiri. InshaAllah.



Resepi leek dan telur goreng

 Bahan-bahan
- 2 biji telur
- leek (di potong-potong)
- 5 ulas bawang putih (saya suka letak banyak bawang putih)
- sebiji bawang besar/ bawang holland (MrChef suruh potong bulat hemisfera - saya suka potong dadu sebab senang anak-anak nak makan)
- sebiji cili merah (dihiris)
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- kicap lemak manis secukup rasa
- 1 sudu besar sos ikan
- sedikit garam jika perlu
- 1 sudu teh Chia Seeds

Cara-caranya
1. Goreng telur dengan minyak. Kacau dadar dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih, bawang besar dan serbuk lada hitam.
3. Masukkan leek, telur dan cili.
4. Masukkan sos ikan, kicap dan sedikit air dan kacau.
5. Tambah garam sedikit jika tidak cukup masin.

Siap!








Sehingga berjumpa lagi :)
Awin


4 comments:

  1. Assalamualaikum Awin,

    Ni lebih kurang resepi shas (resepi dpt dari my hubby) masak lobak putih. Tapi instead of goreng dulu telurnya, shas masak yg lain lain dulu then baru pecahkan telur selepas bahan yg lain lain masak.

    Bahan pun x exactly sama tapi lebih kurang. Goreng bawang & bawang putih. Masukkan serbuk lada putih dan lobak putih dipotong dadu. Masukkan kicap dan sos tomato (sometimes will also add in fish sauce kalau ada). Then pecahkan telur.

    Pada shas sedap kalau masak lobak putih cara ni (sbb kalau masuk dlm sup x berapa suka). Kalau lobak putih tu yg dpt dari own balcony garden lg sedap sbb masih kecil kecil berbanding yg beli kat kedai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Shas. Jazakilahu khairan share pasal masak lobak putih. Selalunya saya buat masak lemak putih dengan radish. Kids and father suka makan macam tu geng dengan ikan/ayam masak kicap. Boleh cuba yang shas kongsi ni. Variasikan resepi untuk radish :) kalau tak asyik masak lemak saja. Jika dari radish from own backyard memang sedap sangat!!

      Delete