Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pak Choy ini benihnya daripada Kebun Bahagia Bersama. Saya semai benihnya semasa awal Ramadhan 1434H. Pak Choy ini tahan cuaca panas. Semasa pulang kampung beraya, kami tinggalkan segala tumbuhan depan rumah dengan sistem pengairan buatan sendiri oleh Mr Chef. Syukur alhamdulillah kebanyakan tumbuhan dapat bertahan termasuklah pak choy ini. Seronok dapat hasil macam ni :) Syukur alhamdulillah.
Apabila berakhirnya musim sayur Pak Choy, dah tak banyak tinggal tumbuhan yang ada. Masih perlu banyak belajar dengan rakan-rakan tukang kebun, cara untuk memastikan hasil tanaman sayur berpanjangan dengan tempat yang terhad. Perlu cari ilmu lagi. Jalan terus :)
assalam Awin... nanti tunjukkanla sistem pengairan tu.. curious ni!
ReplyDeletebaik kak Mar. nnt saya buat entri. rasanya en iskandar pernah mentioned. saya guna sistem titis. ada timer nak control pengairan air. biasa2 je kak mar.
DeleteSalam best dapat sayur segar, manis
ReplyDeletesyukur alhamdulillah
DeleteNampak crunchy rasa nak jadi itik pula hehehe....
ReplyDeletesila jgn jadi itik. nnt siapa nk jd pembekal biji benih heirloom kami.
Delete