Monday, September 23, 2013

Kobis kembang semangkuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Biji benih kobis ini saya minta rakan sepejabat yang tinggal di Cameron Highland belikan. Saya hanya cuba-cuba saja nak tanam dan tidak mengharap sangat. Syukur alhamdulillah, ia dapat membesar sehingga hari ini. Saya semai semasa penghujung Syaaban 1434H. Saya memang tak tahu kobis akan jadi kembang semangkuk sebegini.Sepatutnya dijarakkan jauh sikit lagi. Nampak sempit sangat dah dalam ruang yang tak berapa nak besar tu. Bersabarlah dalam bersabar wahai kobis-kobis kesayanganku ;)

Dalam cuaca kering, panas dan tak hujan tapi mendung macam sekarang ni, tak tahulah nasibnya akan tertutup atau terbuka macam ni saja. Pada saat ini, pokok inilah yang menjadi kesayangan ;) Ditanam di atas raise-bed di hujung pagar depan. Rupanya macam bunga ros besar. Kembang mekar menyambut tetamu di pagar depan. Saya letak baja kompos sekali sahaja semasa mengalih pokok. Lepas tu memang tak sempat nak letak baja. Disebabkan masa yang agak terhad di kebun, ada seorang kawan memberi cadangan menggunakan serbuk darah ikan jenama Yates. Hanya letak dalam tangki pengairan dan dah tak perlu fikir tentang letak baja. Ada kawan-kawan pernah guna tak baja Yates jenis ini?


16 comments:

  1. assalam Awin.. sungguh-sungguh kembang semangkuk ni!

    ReplyDelete
  2. assalam..salam perkenalan...baru pertama kali akak dengar pasal baja darah ikan jenama yates...tanye la kawan Awin dia beli baja tu dimana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan. Ye ada baja macam tu....dia beli di Ace Hardware

      Delete
  3. mmg kembang semangkuk..kalau tak tertutp cuba bantuk kobis nie tuk tertutp..blh, inshaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa......pakar sudah mengomen :) thanks UA. tapi bagaimanakah mahu membantu ia tertutup? perlu cari maklumat ni

      Delete
  4. Nak jugak serbuk darah ikan jenama Yates tu, cer Awin survey kata mana ada jual, peh tu bgtau kitaorg...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya....saya tahu kat mana kawan saya beli...di ACE Hardware....cuma tak tertulis pulak kat entry :)

      Delete
  5. awin..jeles nyer tengok kobis awk menjadi ni...ingt ada baca entry pasal kobis..kalau cuaca panas kobis akan terbuka...tak tertutup...apa pun tabik lah...

    baja serbuk darah ni baru dengar..nak tahu jugak kalau dh tahu kt mnr nak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nadia....sila jangan jeles. Ini adalah antara kejayaan (belum boleh kata full success pun) di dalam byk kegagalan.

      Delete
  6. Dekat ace hardware ada jual kut benda yates tu.

    ReplyDelete
  7. Subur2nya kobis....takyah bli kobis dah cmni...mkn yg tnm sendri je kan? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum dapat hasil lagi ni. perlu sabar tunggu ia membesar.

      Delete
  8. bila nak boleh buat coverage kebun sayur ni! saya suka!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebun sayur tengah renovation mode. Tukang kebun tgh tunggu mr carpenter buat pagar supaya elok.

      Delete