Assalamualaikum,
Sudah lama tidak berkarya di Petak Hijau. Rindunya! Petak Hijau masih memberikan hasilnya cuma tidak semeriah dulu. Tukang kebun Petak Hijau agak kesuntukan masa untuk menjalankan aktiviti berkebun dengan giat. Dalam hati sungguh, semasa cuti ingin meluangkan masa berjemur melayan pokok-pokok tanaman. Sungguh ingin menyemai benih tumbuhan. Tapi apakan daya, masa tidak mengizinkan untuk aktiviti tersebut. Sedih.
Benih jagung ini daripada Kebun Bahagia Bersama. Banyak yang disemai, tetapi hanya sepokok yang tumbuh dan membesar dan mengeluarkan hasil 2 biji jagung. Setelah dituai, secepat kilat saya terus merebusnya. Masyaa Allah, sungguh sedap. Tidak seperti yang dibeli di kedai. Rasanya, lemak-lemak manis. Walaupun saiznya lebih besar sedikit dari lengan Muaz berumur 8 tahun tetapi puas dapat makan hasil jagung tanam sendiri. Alhamdulillah. Perlu usaha lagi. Jalan terus.
salam awin, lama betul menghilang...miss ur garden...
ReplyDeleterindu semua orang juga!
DeleteAs-Salam awin,
ReplyDeletewaaa dah lama tak tgk entry dari awin,welkam back . sihat ka? sekali letak entry tuaian jagung.Jeles ni......hehe
cantik tuaian jagung awin,isi kuning keemasan. :)
memang excited makan jagung tanam sendiri. cantik kan tersusun rapi. lagi satu tu rongak2 tp sedap. perlu tanam lagi! Alhamdulillah saya sihat.
Deleteassalam awin.. sibuk sangat ye... namun ada juga jagung tu... alhamdulillah...
ReplyDeletesibuk kak mar. alhamdulillah ada juga jagung ni
DeleteLamanya menghilang, lebih tiga bulan, sedap makan jagung tanam sendiri
ReplyDeletetiga bulan yg sibuk smrose. mmg sedap mkn jagung tanam sendiri. tuai dan terus rebus. sedap!
Deletesalam awin..hilang2..timbul dengan jagung! boleh la semai lg ni..menjadi..:D
ReplyDeletekes blk kampung tanam jagung ni nan
Deletedia ;)
Welcome back dear.
ReplyDeleteI am having problem kalau semai jagung direct, habis tikus gali makan. Pastu dah tumbuh pucuk jagung entah sape makan baru timbul dari tanah.
Huhuhu....
Oh gold from the New World :).
Ilhan dan rayyan I bagi makan mentah je kalau baru petik, mama dia pemalas nak rebus hehehe//
lepas ni kene semai bg tumbuh besar sikit baru alih. dpt dua biji pun rasa nikmat sgt mkn. makan mentah! boleh cuba sikit :) BTW parcel dah smp td. tq.
DeleteSyukur Alhamdulillah dah terima.
DeleteSalam Awin,
ReplyDeleteTumpang seronok Mak Aji tengok jagung hasil tanaman sendiri! Lepas ni boleh semai lagilah ya! Kalau bakar atas gril sapu mentega, sedapnya!
terima kasih Mak Aji. Betul tu, memang seronok. 2 batang jagung mampu membuatkan kami tersenyum. Sebakul jagung mungkin akan membuatkan kami tersengih. Harapan untuk semaian berikutnya adalah untuk sama2 dapat berkongsi dengan jiran tetangga. In shaa Allah.
Delete