Monday, February 3, 2014

Kacang panjang renek vs Kacang panjang memanjat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan pengunjung yang budiman,

Kacang panjang renek batch kedua sudah berhasil kacangnya. Biji benih adalah hasil daripada pokok yang telah diberi oleh Pencinta Alam. Pemakan yang hebat. Penyanyang kepada keluarga. Saya sangat hargai pemberian biji benih dari rakan blogger ini. Didoakan rakan blogger ini diberikan pahala oleh Allah di atas kebaikannya berkongsi biji benih ini. Kacang panjang renek ini ditanam di sebelah kanan Petak Hijau.

Kacang panjang yang memanjat saya cuba tanam di atas tanah di sebelah kiri Petak Hijau. Saya juga mencuba tips dari tanamsendiri.com untuk hanya melilit-lilit kacang di tempatnya sahaja tanpa perlu trelis yang tinggi. Saya cuma letak trelis yang tidak berapa tinggi yang dibeli di Daiso.


Kacang panjang renek



Kacang panjang memanjat

8 comments:

  1. Salam awin...dah berbuah kacang nya..sy punya baru semai petang semalam...no cari jugak la trellis rendah mcm tu..kemas sikit kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...hari tu pergi rumah En Is tgk pokok kacang panjangnya kemas aje. dia dok lilit kat tempat yg sama. itu yg nak follow ni

      Delete
  2. Kacang panjang renek boh baja apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kacang panjang mmg saya tak letak baja kak mar....kata Diana tak perlu. nnt mabuk daun pulak. kalau nak letak baja tahi kambing boleh kot

      Delete
  3. as salam awin...kak pun tgh tercari2 benih kcg renek ni,tak jumpapun kat blog en is,ada sesiapa lagi tak jual benih ni..??nanti blh kongsi dgn akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam azie, saya pun rakan blogger yg beri. Dulu saya ada buat giveaway tapi benihnya dah takde. maaf ye.

      Delete
  4. blum cuba lg..yg biasa maupun renek..ehh byk lg

    ReplyDelete