Saturday, February 15, 2014

Pembantu-pembantu kecil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang dikasihi Allah,

Anak-anak teruna saya dua orang ini memang suka membantu ketika saya berkebun. Selalunya pukul 5 saya akan bersiap-siap untuk masuk kebun. Kids akan bertanya dan nak ikut juga. Tugas mereka selalunya menuai roselle yang tidak putus-putus berbuah. Alhamdulillah. Kids juga akan dengan sukarela hati akan minta untuk menyiram pokok-pokok. Kids dan air, habis berkecah Petak Hijau. Kadang-kadang tidak aman damai aktiviti perkebunan saya dengan pertengkaran kecil mereka. Selalunya pada waktu petang saya akan menjalankan aktiviti pemindahan anak pokok ke tempat bermastautinnya. Keletah mereka memang kadang-kadang annoying. They are kids. Playing is their KPI!


Hadiah lukisan dari Muhsin anak kedua saya yang berumur 5 tahun. Masya Allah, sangat sensitif dengan apa yang saya suka. Maka saya juga perlu sensitif dengan apa yang mereka suka.


Begitu teliti dan tekun kids menuai roselle sehingga sebatang roselle patah. Tutup mata pada kesalahan. Mereka menolong. Puji kebaikan mereka membantu.


Ini adalah bahagian kiri Petak Hijau dikawasan berbatu. Kononnya nak buat kolam mini di sini tetapi asyik tertangguh. Kids memang suka main di sini. Main batu baling sana sini. Suatu hari mereka sangat tekun mengerjakan sesuatu. Saya agak bising sebab habis batu sana sini bersepah. Nanti terpijak sakit kaki pesan saya kepada mereka. Saya hanya biarkan. Esoknya hanya saya seorang yang bercuti hari Wilayah, mengamati apa yang mereka dok main semalam. Masya Allah! Speechless! 



3 comments:

  1. heh.., macam diorg berperang dengan kereta kebal je.... :)

    ReplyDelete
  2. Ah batu dan pasir kalau hero memang tak sah buat projek dekat situ.
    Kitalah puas nak kutip balik hehehe....
    Nice buat kolam di situ will have some cooling effect.

    ReplyDelete