Thursday, January 31, 2013

Gladioli pertama pengubat hati

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, berita gembira dari gladioli pertama sudah berbunga setelah diduga dengan gladioli kedua yg diserang ulat. Gladioli ini pernah jatuh tertunduk sebab tinggi dan berat rasanya. Saya pun tak buat pancang yang kukuh. Apabila dapat sms dari Mr Chef katanya gladioli yg ditatap setiap pagi tertunduk seperti patah. Rasa sedih sangat. Tetapi, rasanya Mr Chef pun suka juga apabila ada bunga2 di Petak Hijau (walau tak berapa nak mengaku), semasa pulang dari kerja saya dilihat Mr Chef dah betulkan batang bunga dan buat sedikit pengubahsuaian pancang supaya lebih kukuh. Tersenyum2 lah saya sebab gladioli kuning berlidah merah ini masih boleh diselamatkan. Bertahanlah wahai bunga gladioli.

Memang Gladioli rasanya paling champion. Selepas ni semua gladioli saya akan pindahkan ke kawasan ini supaya semua jadi champion :) Semasa tengah menggembur2kan tanah suatu petang. Seorang nenek tua berbangsa India datang semata2 nak tengok gladioli saya ini. Agaknya dah lama dia perhatikan cumanya tak berkesempatan nak jumpa saya yg keluar awal pagi dan balik malam ni. Nenek ni nak pastikan bahawa pokok ni bukan tiruan. Sangat cantiklah pokok ini! kata nenek. Saya senyum saja. Nenek juga jengah2 dalam laman rumah tegur pokok2 yg ditanam. Dia tegur thai basil saya. Katanya orang India guna letak kat tangan baby, letak macam gelang. Nenek buat gaya macam mana baby tuh letak2 tangan di hidung boleh bau. Mungkin untuk merangsang deria baru dan bagi baby selesa. Sebabnya mmg Thai Basil tu baunya agak menyelerakan. Maklumat baru yg boleh dicarigali lagi! Sembang punya sembang rupanya anak kedua nenek ni bekerja sama syarikat tempat saya bekerja! Kecilnya dunia. Saya juga sempat pesan kepada nenek supaya datang lagi sembang2 jika ternampak saya di laman rumah. Kelihatan nenek ni mmg sunyi tiada kawan nak sembang.




15 comments:

  1. Saya ade benih glad nie..belum tanam lagi..tp nampaknya awak mcm mempercepatkan proses sy nak tanam glad nie..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene tanam tu ummuaidan. Nnt termimpi2 mcm hari tu :)

      Delete
  2. ya allah cantik-cantik gladioli ni...ni wat sy semangat ni...pokok sy semai tempoh hari dah bercambah dlm masa 24 jam kut...suka sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepatnya nadia. Mesti jd champion nnt ni. Saya nk bercambah tak lah sehari. 2-3 hari jugaklaa

      Delete
    2. eh silap...bukan semai terus 24 jam bercambah..sy semai dalam beberapa hari...tapi cambahan keluar dlm masa 24 jam..sebab sehari sebelum tu takde...esoknya tiba-tiba muncul

      Delete
  3. Cantik la,ini yang bertambah2 semangat saya nk tanam ni. Gladioli saya masih tersimpan dalam peti ais. Plannye nk semai hujung minggu ni. hehe....... Tahniah rina. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanam laa ibu qis...blhlah menatap warna lain pulak walau secar virtual. Jgn lupa update nnt ye

      Delete
  4. cantik nya.. suka sgt tngok glad ni. saya punya pun sma warna mcm ni agaknya,tpi belum keluar bunga lngsung. gladioli ni lambat tumbuh ke? glad saya tak kuar anak lngsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnt update ye kaler apa. Gladioli ni bg saya mudah tumbuh. Pokoknya mmg sgt sukakan matahari

      Delete
  5. cantik. saya pun ada semai. tapi sayang, bila dah tumbuh dalam 4 helai daun, stop keluar daun, selepas tu mati. tapi ubinya elok. tak tau kat mana silapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gladioli keempat saya dame case cumanya belum mati je lagi. Masih hidup tapi x besar2

      Delete
  6. Gladioli ni buat mudah leka dan lupa masuk rumah ;). Cantik warna peach tu.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Sila jgn jeles. Lynn punya yg putih berseri tu lg cantik

      Delete