Monday, January 7, 2013

Kari Kenangan


Assalamualaikum,
Pokok kari ini adalah pemberian arwah abah saya. Asalnya setinggi satu kaki saja. Mula2, saya biarkan pokok ni survive sendiri. Lama kelamaan pokok kelihatan makin mengecil dan mcm terbantut. Sbb ia adalah kenangan daripada arwah abah, jadi saya berusaha memulihkan pokok kari ini dgn meletak baja dan air perut ikan. Alhamdulillah, pokok kari makin besar bagai johan.

Saya mmg suka makan pucuk kari sbg ulam. Mmg sangat sedap. Arwah mak mertua saya yg perkenalkan pucuk kari muda sbg ulam. Tapi sejak kebelakangan ini, pucuk kari muda sudah berkurangan dek kerana ada makhluk2 kecil menjadikan makanan mereka. Mmg byk serangga sukakan pokok kari ni. Saya biarkan saja. Tak mengapalah rezeki mereka kali ni. Daun kari selalu digunakan dalam masakan kari (of cos!) dan sedap digoreng sekali dengan udang besar masak kunyit bersama biji sawi. Anak2 saya sgt suka.

Semasa pokok ulam raja induk saya giat mengeluarkan benih, ada beberapa benih ulam raja menempek di dalam pasu pokok kari. Seperti nasib pokok limau kasturi, ulam raja pun telah beraja dalam pasu pokok kari. Berkawanlah anda berdua baik2.





4 comments:

  1. Baru first time dengar pucuk kari wat ulam..besar pokok kari kat umah nie.cuma wat buh dlm kari jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada mulanya saya pun tak tahu. Mcm pelik pulak makan puck kari. Tapi dah sekali makan mmg sedap. Makan dengan dambal belacan.

      Delete
  2. Saya pun first time dengar,makan dengan batang2 dia atau pucuk dia sahaja? Bila rina sebut kenangan arwah ayah,saya pasti rina akan jaga sebaik yang mungkin kenangan yang ada kan. Kalau saya ada kenangan macam ni,mmg saya tatang bagaikan minyak yang penuh la menjaganya....hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lihat pokok kari mmg teringat ja kat abah.

      Delete