Tuesday, January 22, 2013

Raja di Petak Hijau

Assalamualaikum,

Ulam raja adalah pokok terawal yg menghuni Petak Hijau. Tak hairanlah ia telah menjadi raja di kebun Petak Hijau. Saya beli di Nurseri Rumah Anak Yatim Baitulhidayah, Puchong. Semasa saya beli, pokoknya sudah matang dan mengeluarkan bunga. Mmg saya tak merasa langsung ulam dari pokok induk ini. Tapi, pokoknya lebat mengeluarkan bunga. Mmg sangat banyak biji2 benih yg terbang dibawa angin dan tumbuh merata2 di Petak Hijau, termasuklah menempek dalam pasu pokok kari, limau kasturi dan limau purut. Dah beraja dalam pasu2 tu, lebih sudu dari kuah.

Di samping itu, benih2 yg dituai juga banyak. Alhamdulillah, Petak Hijau meriah dengan ulam raja. Sekarang sudah fasa berbunga. Kuntuman bunga merah jambu tatkala ini menjadi penyeri laman depan rumah. Selain dimakan sbg ulam, Mr Chef buat kerabu yg dicampur dgn pudina, bunga kantan (beli) dan pegaga. Sedap!


7 comments:

  1. banyak betul ulam raja tuh..mmg jenis yg senang membiak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg banyak dan memberi manfaat :) mudah tumbuh dan senang dijaga. Hidup subur jika mendapat cahaya matahari penuh dan banyak.

      Delete
  2. semua ulam raja tu rina tanam dalam container ka?....suburnye.....geram pulak saya tgk. Hari2 makan ulam raja awet muda. Tak pernah pulak rasa kerabu letak daun pudina....mesti rasa mint sangat kan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mmg ulam raja subur sgt. Left over air ikan saya letak jugak kat bekas ulam raja. 90% ulam raja saya tanam dlm container. Ada jugak yg menempek2 kat pokok lain.

      Delete
    2. mmg raja kn ulam ni...cepat takluki kebun hehe...sy ptg isnin lps sempat gunting benih2 nya...tp lupa nk simpan...ada emergency kena blk kampung...harap2 x ditiup angin

      Delete
    3. Selamat lah kalau terbang menempek di pokok2 lain

      Delete
  3. best nye ulam raja tu.. sy dlm proses membeli benih ulam raja ni.. mencari pokoknye tak jmpe, terpakse lah membeli benih online je..

    www.shelovevitamin.com

    ReplyDelete