Tuesday, January 8, 2013

Tomato yg berbunga tak berbuah

Assalamualaikum,
Pokok tomato saya ni mmg tinggi. Tinggi dari saya dan tembok tu. Tapi tinggi2 si tomato tapi berbunga tapi tak berbuah. Pelik sungguh. Benihnya saya ambil dari buah tomato yg saya beli dari pasar. Hujan yg lebat telah menyebabkan si tomato rebah tapi dah nampak bangkit kembali. Daunnya mmg dah bergulung di bawah tapi bahagian atas ok sikit dan tapi juga ada pucuk yg dah kekeringan.  Teringin sangat2 nak makan buah tomato tanam sendiri. Buat masa ni saya biarkan si tomato menyelamatkan diri sendiri sbb macam tak berharap sangat dah pun :) Saya hanya tolong letak air ikan 2 minggu sekali. Ada lebih kurang 5 pokok tomato baka 303 dari tanamsendiri.com perlu dialih. tak dapat dialih kerana kekurangan tanah, bekas dan masa :(





6 comments:

  1. Saya pun masih tak berjaya tanam tomato.. ada benih kutip kat tomato beli kat pasar, ada yang beli kat tanamsendiri.com.. tapi tetap tak berjaya.. Frust!

    ReplyDelete
  2. Salam kenal.. tinggi ye pkok tomato tu. mungkin yg dri psr tu jenis hybrid kot? sbb ada yg ckp, klau tnam dri biji buah yg hybrid tak kn kluar buah. tak sure btul ke tak. jgn ptus asa, tau2 mngu dpn kuar buah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Moga dimakbulkan doa. Saya tidak akan berputus asa. Akan tanam sampai keluar buah yg byk

      Delete
  3. Pokok tomato saya berbunga tetepi tidak berbuah? Kenapa?

    ReplyDelete
  4. Sama pokok TERUNG saya berbunga tetapi tidak berbuah juga?

    ReplyDelete