Saturday, February 2, 2013

Rumah baru Floating Lettuce


Assalamualaikum,
Rumah asal Kiambang ini adalah sebuah akuarium lama yg tak digunakan lagi. Kiambang ini dapat percuma semasa membeli belah pokok2 di nurseri Kampung Melayu Sg Buloh. Pada suatu hari jiran  sebelah kiri sudi memberi pasu tak berlubangnya kepada kami. Sebelum itu saya dah cakap dgn Mr Chef minta tolong tanyakan jiran (yg juga kawan sepejabatnya) sama ada dia nak jual pasu tersebut. Sebabnya saya nampak pasu tersebut terbiar tak digunakan. Mungkin atas semangat kejiranan (dan kesepejabatan) jiran berbangsa cina ini sudi memberi pasunya tanpa menjualnya. Alhamdulillah.

Asalnya kiambang ni ada 5 kuntum. Tak perasan kuntuman telah bertambah. Patutlah padat sangat tgk dalam akuarium tu. Setelah berumah baru, kiambang kelihatan selesa bergerak ke sana ke mari :) Selalu juga saya periksa jika ada jentik-jentik yg membiak. Risau rumah kiambang menjadi tempat pembiakan jentik-jentik pula. Memang airnya bebas jentik-jentik!

Kiambang dikatakan mempunyai kandungan kalium yg tinggi. Mungkin saya boleh gunakan airnya untuk menyiram tanaman berakar, contohnya lobak. Cuba jangan tak cuba! Blog Dedaun Alam oleh En Adry Daud pernah menceritakan perihal kegunaan kiambang ini. 


4 comments:

  1. Lynn pun dpt pasu besar pemberian jiran..jimat tak perlu beli kolam utk ikan2 kecik.. tapi kami notis sejak letak kiambang airnya cepat keruh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg cepat keruh sbb akarnya serabut kot... Boleh ambik airnya siram kat lobak kot blh besar.

      Delete
  2. Kiambang ni membiak sangatlah cepat. Suatu hari nanti saya cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila cuba. Kalau tukang kebun nak free sila mai singgah rumah saya kat shah alam ni :)

      Delete