Saturday, February 9, 2013

Salatah Costus Woodsonii

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hujung minggu lepas, Mr Chef masak beef steak. Setiap kali buat steak Mr Chef semestinya akan buat brown sauce dan salatah. Salatah boleh kita jumpa di restoran2 arab di makan bersama nasi arab. Kiranya macam sambal belacan kita lah. Salatah kali ni istimewa sebab Mr Chef letak pucuk coctus woodsonii yg saya tuai. Saya ingat nak makan begitu saja buat ulam tapi tgk2 Mr Chef letak dalam salatahnya. Rasa pucuk ni masam2 manis. Esoknya banyak pula  pucuk2 baru muncul. Saya tuai lagi untuk buat ulam pula.  Semasa nak makan kene hati-hati periksa dulu jika ada semut. Mmg banyak semut yg suka hurung bunga ni. Tambah lagi pilihan ulam-ulaman di Petak Hijau. Alhamdulillah.


19 comments:

  1. First time dengar salatah nie nie..rsnya cam sambal belacan yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma tiada belacan saje. Blh gugle jika nak tgk resepi. Tapi daun ketumbar dan tomato mesti ada.

      Delete
  2. penah tgk pokok ni...tp x tau pulak boleh makan

    ReplyDelete
  3. dah beberapa kali sy usha pokok tu kat nurseri, tp tak terbeli lg, tp syn nampak jiran sy ada tanam

    ReplyDelete
  4. wahh...dapat info baru..tak tau bunga pokok ni boleh makan.. terima kasih atas info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seriously baru tahu boleh makan.. ingat pokok bunga semata.. cantik merah menyala..

      Delete
  5. K Mar ada tanam pokok ni..tapi spesis bunga yg takde lidah/pucuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tunggu matang kot kak mar. Saya punya pun br thn ni keluar pucuknya tu.

      Delete
  6. mak aih..boleh mkn rupanya(sambil mata terbeliak!)..x sbr nak petik depan rumah, dah merah menyala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lynn...yg lidahnya tu je tau..yg ada kelopak yellow tu....yg mcm gincu tu jgn...

      Delete
  7. Nanti nak cuba juga...hari tu ada musim banyak terjelir je tengok bunganya...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cuba ke? Sekarang ada sejenis burung suka datang dan makan manisan yg terjelir tu. Patutlah makin kurang

      Delete
  8. Salam kenal Zamzurina,

    Mak Aji br diberitahu yg pokok ni boleh dimakan bunga yg terjelir dan pucuknya ya!! Kat rumah ni memang ada, bolehlah cuba nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam kenal mak aji. Saya pun baru tahu semasa sedang mencari maklumat ttg pokok ni. Bunga yg terjelir sahaja boleh makan. Pucuk mcm gincu tu cannot tau

      Delete
    2. Salam Zam,

      Ok, faham tu Zam!Cukup bermanfaat, dah kongsi maklumat dgn org lain pula!

      Delete