Monday, February 25, 2013

Tuaian Tomato yg pertama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saat yg ditunggu sudah tiba apabila terlihat warna orange kemerahan 2 biji semasa sedang melihat2 tanaman depan rumah. Rasanya perlu tunggu lagi tapi disebabkan tak sabar nak rasa, saya pun tuailah jugak :) Rasa sebak pula semasa menuai tomato yg pertama dan kedua ini.  Sebab pertama kali tuai tomato tanam sendiri. Satu buahnya merekah. Mungkin sebab terlalu banyak air. Alhamdulillah. Dah selamat digunakan dalam ikan sardin masak kicap. Makan sehingga licin. Terima kasih kepada kawan2 kebun yg tidak jemu kongsi ilmu tanam sayur sendiri. Semoga ilmu2 yg dikongsi membolehkan anda mendapat pahala yg sentiasa mengalir selagi ilmu itu digunakan. Jazakallahu khairan.




17 comments:

  1. Alhamdlillah wpun merekah tanam senditi..rezkiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tabik spring kat otai sorang ni. X jemu berkongsi ilmu

      Delete
  2. Alhamdulillah,

    Tahniah rina atas kejayaan. Perkogsiaan begini boleh membakar semangat pada gardener2 baru yang nak belajar garden. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru belajar. Banyak ilmu dapat dari pengalaman kawan2. Alhamdulillah.

      Delete
  3. Tahniah, lebat daunnya, moga lebat juga buahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, lupa lak nak bagitau, dah pos pagi tadi, kalau dah terima bgtau yer

      Delete
    2. Tq smrose. Jasamu ku kenang dengab hasilnya nnt :)

      Delete
  4. Tahniah Zam; pokok tomato Zam terdedah kepada hujan atau terletak di bawah bumbung...saya punya teruk kena hujan lebat di KB dah dua hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr H...saya tanam di kawasan terbuka. Mmg kene hujan sokmo kalo hujan.

      Delete
  5. best! best! lepas ni smpai taktermakan, ambil sebiji sapu kat muka buat facial, gerenti kulit licin gebu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tomato lynn tanam byk nemberi inspirasi. Menarik jugak buat facial tu.

      Delete
  6. Congrats. Kami pun makan sardin hari ni tapi tomato tak de hehehe.... Tomato pokok banyak patah je ditimpa hujan kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan sardin kesukaan keluarga. Isi byk. Sedap kalau goreng. Dan murah sikit dari ikan kembung :)

      Delete
  7. Nampak tomato tu masak dengan sempurna.Saya tak ada tanam tomato besar, saya tanam tomato Cherry, boleh cuba tanam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tomato tu ada lg ijau2 sikit. Sbb geram saya petik juga :) saya pun nk cuba tanam tomato ceri

      Delete
  8. besar pokok nyer...banyak pulak tu buah...ini tomato baka apa yer?

    ReplyDelete