Tuesday, March 26, 2013

Bendi singa mengaum

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Syukur alhamdulillah, bendi singa (benih dari tanamsendiri.com) sudah mula mengeluarkan hasil. Bendi adalah tanaman yg mudah ditanam. Sejak saya mula berkebun september 2012 sehingga sekarang, tidak pernah lagi membeli bendi di pasar kerana hasil tuaian sebanyak 5 pokok dapat memberikan hasil yang lebih dari cukup untuk kami sekeluarga. Alhamdulillah. Sebelum ini saya pernah menanam bendi biasa (benih beli di pasaraya) dan bendi emas (benih dari tanamsendiri.com). Saiz kepanjangan kedua-dua bendi tersebut mmg tidak boleh lawan bendi singa. Dalam masa 3-4 hari ia boleh memanjang sepanjang ini yg panjangnya lebih kurang sejengkal setengah. Jika masak kari, sebiji bendi pun sudah cukup rasanya.


Daun bendi singa juga sangat besar. Bolehlah nak letak dua tapak tangan di situ. Pertumbuhannya cepat, jadi saya sarankan guna kaedah direct sowing jika anda seorang yg kurang rajin dan terlampau sibuk untuk memindahkan anak semaian.





12 comments:

  1. Bendi singa nie jenis yang berduri sket tuhkan..mmg besar buahnya & lama berbuah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg buah sulung saya nak buat biji benih. berduri x perasa sbb x dituai lg.

      Delete
  2. Zam, bila buah besar kulitnya tak keras ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya baka bendi lepas2 saya ambik muda....bila capai dlm 5 cm dah tuai....yg ini tatau lagi....x pernah tuai lagi ni

      Delete
  3. Biasa tempoh membaja mcm mana? besar jugak buahnya..kalau kt umah ni dh sebesar tu mesti dh tua..mcm bendi emas sy..nampak kecik lagi tapi bila tuai..rupanya dah tua..by the way..lada kat belakang tu pun nampak subur..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. membaja 2 minggu sekali air kisar perut n kepala ikan. baru2 ni saya juga afa letakkan baja tahi kambing. cili kulai mmg tak jemu berbuah. alhamdulilah

      Delete
  4. a'ah..seronok pulak tengok cili kat belakang tu :)

    ReplyDelete
  5. zam, garang nyer bendi tuh...hehe...boh dlm gulai ikan sedap tu..

    ReplyDelete
  6. kami mkn mentah jer.. sedap sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. belym pernah makan mentah. selalunya rebus dulu. nnt boleh cuba.

      Delete