Sunday, March 24, 2013

Jicama sudah memanjat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Ini kali pertama saya tanam sengkuang. Benih dibeli daripada kebunbahagiabersama.blogspot.com. Ada beberapa tempat saya tanam sengkuang dan ini (seperti di dalam gambar) adalah salah satunya. Ia ditanam di dalam container. Saya juga menanam red romaine lettuce dalam satu container. Tetapi disebabkan hujan rahmat t 3-4 hari ni, red romaine lettuce terpenyek dek kerana hujan yg lebat. Kelihatan sengkuang sedang belajar memanjat di pagar penghalang kucing. Saya tak sempat nak guide sengkuang ini memanjat kerana setiap hari balik lewat dari kerja. Semalam ternampak ia seperti terkedek-kedek memanjat pagar. Terdapat 3 kali tempat kawasan tanaman sengkuang ini. Satu di dalam styrofoam, satu dekat pokok bendi dan satu lagi di pokok asin2. Saya harap kedua-duanya dapat memanjat pokok bendi dan asin2 dengan gembira. Kita tunggu hasil lagi 5-6 bulan :) in shaa Allah.



10 comments:

  1. salam zam, tak penah tgk jicama ni...mcm nama jepun la plk...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry sambung kat sini, tak jumpa link post comment. Saya pun tanam, dah agak2 besar Zam punya...nanti kita sama-sama menikmat sengkung baru di gali..Insya Allah. Mudah betul tumbuh ya sengkuang dari kebun bahagia besama...seperti Zam juga red romaine saya lenyap entah ke mana, walaupun tiada semut yang bawa lari. Harap2 jenis lambat bercambah dan akan tumbuh sedikit masa lagi.

      Delete
    2. anazaujah ~ jicama bahasa mexico kot. nama kat malaysia ni sengkuang.

      Dr H...nnt share juga progressnya.....

      Delete
  2. woohoo.. silau silau.. hijau terang

    ReplyDelete
    Replies
    1. purposely bg hijau silau... bg semangat kawan2 :)

      Delete
    2. tetapi daun dia kat luar pun memang hijau unique, menyerlah.

      Delete
  3. semalam ada KBB sebut pasal sengkuang boleh boost breastmilk..mcm ni rupanya pokok sengkuang...mngkin next plan..boleh try tanam..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kpd kbb yg sudi menawarkan perlbagai heirloom seeds kpd kita

      Delete
  4. Sengkuang ni ahem bermaharajalela nanti semua dililitnya bila dah mula pandai memanjat ;) .

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapatlah pagar penuh dengan daun jicama nnt :)

      Delete