Monday, March 4, 2013

Menuai biji benih Ulam King

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pokok ulam raja di petak hijau sudah sampai di hujung musimnya. Hampir 90% pokok sudah berbunga dan menghasilkan biji benih. Anak2 pokok merata2 tumbuh. Alhamdulillah. Hampir setiap hari saya dapat menuai biji benih ulam raja. Walau pun balik kerja sampai rumah malam hari, dengan lampu suluh pun saya redah cari biji benih. Biji benih yg dikutip adalah untuk simpanan dan diagih2kan di pejabat. Inspirasi daripada smRose, saya juga ingin menggalakkan rakan2 pejabat supaya mula berkebun di rumah masing2. Pakej paket pertama kepada kawan2 adalah benih ulam raja dan bendi. Senang nak tanam dan senang juga nak tumbuh. Semoga rakan2 pejabat terbuka hatinya untuk bertanam sendiri di rumah. Setakat ni benih ulam raja dan bendi sajalah dapat dituai. In shaa Allah, sedang menunggu benih hon tsai tai dan sawi hong cut flower. Saya tahu kebanyakan rakan2 sudah ada ulam raja di kebun, sesiapa yg berminat nak biji benih baka Nurseri BaitulHidayah ini bolehlah emelkan kepada saya zamzurina at gmail dot com.


4 comments:

  1. banyak betul..sy pun kumpul jugak...biasa orang opis lah nak sikit..

    ReplyDelete
  2. Syukur. Dapat jugak kita kumpul benih

    ReplyDelete
  3. Bunga hon tsai tai dan sawi hong cut flower boleh cross-pollinate. Kalau nak simpan benih pure kena pastikan hanya satu je yang berbunga at one time. Kena pastikan adik=beradik terdekat sawi, kailan, pak choi, broccoli, kubis, mustard dan yang sekeluarga dengannya tiada berbunga di rumah dan jiran-jiran. Saya pernah terkena cross-pollination sebab jiran pokok-pokok sayur daunnya pelbagai dibiarkan berbunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diana....tqvm for the info. Selalu baxa posting diana dah noted dah. Tapi mungkin sbb xcited terlebih nak menuai seeds...lupa dah segala ilmu.

      Delete